...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

15 September 2014

KITARAN NITROGEN DAN KEPENTINGANNYA

Kitaran biogeokimia atau kitar nutrien adalah satu laluan dimana unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik bumi. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat tempat dimana unsur-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang.



Sebelum menerangkan lebih lanjut bagaimana aktiviti antropogenik boleh mengganggu kitaran nitrogen, mari kita lihat proses kitaran nitrogen terlebih dahulu.

1.      Gas nitrogen di atmosfera berubah menjadi sebatian nitrat melalui tindakan kilat, letusan gunung berapi & aktiviti bakteria pengikat nitrogen
2.      Tumbuhan menyerap ion nitrat dari tanah melalui akar dan menggunakannya untuk membina protein tumbuhan
3.      Apabila haiwan memakan tumbuhan, sebatian nitrogen ini menjadi protein haiwan.
4.      Setelah haiwan & tumbuhan mati, bakteria pereputan atau pengurai menguraikan tisu mati organisma kepada sebatian ammonium
5.      Bakteria penitritan mengubah sebatian ammonium menjadi nitrit seterusnya nitrit menjadi nitrat
6.      Bakteria pendenitritan mengubah nitrat dalam tanah menjadi gas nitrogen semula

Unsur nitrogen diperlukan untuk pembentukan protein dalam tumbuhan dan haiwan.  Nitrogen diudara tidak dapat digunakan secara langsung oleh haiwan dan tumbuhan. Tumbuhan perlu dapatkan nitrogen dalam bentuk  ion nitrat terlarut di dalam tanah & seterusnya dimakan oleh haiwan. 

Oleh yang demikian, aktiviti antropogenik seperti pembakaran bahan api fosil oleh industri dan kenderaan akan menggangu kitaran ini. Kesan yang paling ketara ialah pemanasan global. Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan api fosil. Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.

Penggunaan baja kimia juga akan menjejaskan peranan bakteria pendenitritan untuk menjalankan proses mengubah nitrat dalam tanah menjadi gas nitrogen semula. Akhirnya kandungan nitrogen dalam udara akan berkurangan. Jika ini berlaku, kandungan nitrogen yang dianggarkan 78% berada di atmosfera pastinya akan terjejas. 

7 comments:

  1. Apakah peranan mikroorganisma di dalam kitar nitrogen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk menguraikan tisu mati pada organisma bagi menghasilkan sebatian ammonium

      Delete
  2. Ada empat fungsi bakteria dalam kitar nitrogen.
    1. Fungsi pengikat nitrogen
    2. Fungsi penitratan
    3. Fungsi pendinitritan
    4. Fungsi pereputan

    ReplyDelete
  3. Ada empat fungsi bakteria dalam kitar nitrogen.
    1. Fungsi pengikat nitrogen
    2. Fungsi penitratan
    3. Fungsi pendinitritan
    4. Fungsi pereputan

    ReplyDelete
  4. Apakah peranan bakteria pengikat nitrogen?

    ReplyDelete
  5. assalamualakum nak tanya, apa nama proses nitrat nk ke nitrogen atmosfera tu eh ?

    ReplyDelete

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.