...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................
Showing posts with label TELEGRAM. Show all posts
Showing posts with label TELEGRAM. Show all posts

10 October 2021

TUTORIAL MENJALANKAN KELAS PdPR MENGGUNAKAN VIDEO CHAT TELEGRAM

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berikut saya kongsikan langkah-langkah untuk membantu guru2 menjalankan PdPR menggunakan video chat di Telegram yang berfungsi lebih baik berbanding google meet. Tapi sebelum itu, mari saya perkenalkan sedikit tentang telegram dan kelebihannya. Jom lihat pada paparan gambar rajah di bawah:




Untuk mendapatkan tutorial semua di atas boleh berkunjung ke channel youtube Cikgu jumrah :

KOLEKSI VIDEO TUTORIAL CIKGU JUMRAH







Semoga bermanfaat.... Jangan lupa hadir memberi sokongan dalam semua media sosial yang dimiliki dan atas nama CIKGU JUMRAH seperti Youtube, Facebook, Instagram, Telegram dan TikTok.


Untuk mendapatkan bahan2 softcopy boleh join channel telegram cikgu jumrah t.me/cikgujumrah

Terima kasih...




TUTORIAL MEMBINA GROUP DAN CHANNEL TELEGRAM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Berikut saya kongsikan bagaimana membina group dan channel pada Telegram



1. Klik pada 3 garisan melintang

2. Jika hendak membuka group tekan NEW GROUP, dan pilih NEW CHANNEL untuk membuka channel.  Beza group dan channel boleh lihat di bawah selepas ini, Cikgu Jumrah akan terangkan sedikit.

3. Namakan group @ kelas yang hendak di buka

4. Masukkan sekurang2nya 1 ahli untuk membina group. Untuk Channel tidak perlu



5 & 6 Klik ini untuk mendapatkan info tentang group yang dibina

7. Klik pada manage group untuk kongsikan link group

8. Tukarkarkan hidden kepada visible untuk membolehkan pelajar yang baru join membaca mesej2 yang telah disampaikan sebelum murid join group. So.. tak perlu nak cakap banyak kali. atau senang pin kan sahaja mesej yang penting.



PERBEZAAN GROUP DAN CHANNEL DI TELEGRAM


GROUP:

1. Had ahli ialah 200 000 ahli

2. Ahli disebut sebagai members

3. Ahli boleh membalas dan menulis serta menghantar sebarang media di dalam group


CHANNEL

1. TIADA HAD AHLI

2. Ahli di sebut sebagai subscribers

3. Ahli hanya boleh membaca dan menerima info. 

5. Ahli boleh memuat turun bahan yang dikongsikan.


GROUP DAN CHANNEL BOLEH....

1. Membuat Voice dan Video Chat

2. Memuat turun bahan yang dikongsikan


Kongsikan jika bahan ini membantu anda. Jangan lupa hadir menyokong channel Cikgu Jumrah di Channel; Youtube Cikgu Jumrah. Berikut adalah Link Channel Telegram Cikgu Jumrah:


t.me/cikgujumrah 


21 September 2021

TUTORIAL RAKAM VIDEO PDPC GUNA TELEGRAM

 TUTORIAL RAKAM VIDEO PDPC GUNA TELEGRAM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Telegram telah di update (19/9/2021) dengan versi 3.1

Apa yang menarik untuk versi kali ini...???


Terdapat banyak yang menarik untuk versi updated telegram kali ini, yang paling menarik adalah rakaman video untuk voice chat sudah boleh digunakan. Jika sebelum ini, kaman dalam bentuk format audio sahaja boleh dilakukan. Untuk versi 3.1 ini, para guru khususnya akan gembira dengan berita ini.


Selain daripada itu, admin dalam group boleh melihat berapa dan siapa yang telah membaca mesej yang telah dihantar. Menarik kan...??? Fitur ini sangat sesuai untuk guru dalam mengesan bilangan murid yang telah membaca atau menjawab soalan daripada mesej yang telah dihantar oleh guru.


Terdapat banyak lagi fitur yang menarik untuk versi 3.1 ini dan pastinya akan ada lagi fitur yang lebih menarik selepas ini.


Jom tonton bagaimana membuat rakaman video PdPC menggunakan telegram walaupun cikgu hanya mempunyai 1 screen sahaja.


Semoga bermanfaat. Kongsikan supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya...


✅ LINK YOUTUBE

https://www.youtube.com/watch?v=tDd9Hl4Jnn8


✅ LINK CHANNEL

https://www.youtube.com/c/CikguJumrah


✅ KOLEKSI VIDEO TUTORIAL CIKGU JUMRAH 👇

https://youtube.com/playlist?list=PLBPFYF2lBRC13I9TUZWQDwV4gnVGTt81n


#telegram

#rakamanvideopdpc

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.