...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................
Showing posts with label PBD. Show all posts
Showing posts with label PBD. Show all posts

29 October 2021

BUKU PANDUAN PBD EDISI 2

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011.

Edisi ke 2 ini diterbitkan pada tahun 2019 dan menjadi panduan untuk semua guru dalam menjalankan pentaksiran dengan baik dan saksama.

Di sini Cikgu Jumrah ingin kongsikan dalam bentuk flipbook untuk lebih mudah dicapai dan dibaca. Selain daripada itu cikgu jumrah juga kongsikan dalam bentuk pdf untuk dimuat turun. Semua bahan ini Cikgu Jumrah peroleh daripada Portal Rasmi BPK ( Bahagian Pembangunan Kurikulum)



Jika berminat untuk muat turun, boleh tekan link di bawah ini:

BUKU PANDUAN PBD EDISI 2

Ilustrasi yang lebih menarik dipaparkan dalam bentuk poster seperti yang ditunjukkan di bawah ini.










(Sumber BPK)

Kongsikan supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya

01 January 2020

TEMPLAT PELAPORAN TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3 TERKINI



Template Pelaporan PBD KSSR Semakan 2020 Terkini bagi Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 telah dimuat naik. Semua template telah dimuat naik bagi mengantikan template sedia ada oleh BPK. Semua template pelaporan bagi setiap mata pelajaran telah digabungkan dalam satu template SAHAJA.
PBD merupakan proses berterusan dalam PdP yang bertujuan untuk melahirkan murid secara holistik yang menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai ke arah kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keberkesanan dan kejayaan pelaksanaan PBD adalah hasil daripada komitmen guru, sokongan dan bimbingan semua pihak yang terlibat iaitu pihak pentadbir sekolah, PPD, JPN dan ibu bapa.

OBJEKTIF PBD

Templat Pelaporan PBD Tahap 1 dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.
Melalui PBD, guru dapat:
  • mengesan pengetahuan sedia ada murid
  • mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
  • mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
  • mengetahui keberkesanan PdP
  • merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
  • menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Melalui PBD, murid dapat:
  • mengesan perkembangan diri
  • mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
  • meningkatkan pencapaian pembelajaran
Klik pautan berikut:





AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.