...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................
Showing posts with label Copyright. Show all posts
Showing posts with label Copyright. Show all posts

10 April 2019

Bagaimana Mendapatkan Hak Cipta Harta Intelek?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ini saya nak kongsikan bagaimana mendapatkan Copyright untuk bahan Inovasi atau apa juga bentuk keluaran hasil titik peluh dan idea cikgu-cikgu khususnya untuk tujuan Hak Cipta anda.. Senang Cerita Harta Intelek... Harta Intelek ni harta kita juga cikgu2... selain kebendaan, curahan Idea juga merupakan harta kita yang perlu di wartakan pemiliknya.

Senang jer cikgu2.. layari laman sesawang berikut:


http://www.myipo.gov.my/en/home/


Cara-caranya Cikgu boleh tgk gambar di bawah dan lihat maklumatnya:


LANGKAH PERTAMA
DOWNLOAD BORANG-BORANG PENTING

1 = Klik COPYRIGHT




















2 = DOWLOAD BORANG CR-1 
(Isi dan lengkapkan)






3 = DOWNLOAD BORANG SAMPLE SD - Individual



( Borang yang diberi ini hanya sample sahaja, cikgu2 boleh gunakan borang ini dengan cara tukarkan borang ini kepada bentuk word. Cari dalam blog saya ini cara menukar pdf kepada word.) Atau klik link dibawah:

TUKAR PDF KE WORD

Borang 3 ni adalah SURAT AKUAN SUMPAH yang perlu dihantar dan dapatkan tandatangan daripada pesuruh jaya sumpah yang berdekatan dengan anda. Bayaran kepada pesuruhjaya sumpah bergantung kepada keaadaan dan cas semasa. Tapi tak mahal... hari tu saya buat RM6.00 jer.

Borang akuan sumpah ni kena print 2 helai ni. jangan jadikan sehelai walaupun nampak membazir kan.. hehehe sebab muka surat kedua tu adalah surat menyatakan lampiran gambar inovasi cikgu2.


Borang Akuan sumpah tu macam ni :


LANGKAH KEDUA
TANGKAP GAMBAR HASIL INOVASI CIKGU2 DAN MASUKKAN DALAM WORD/PDF DAN PRINT. 

BAYARAN RM10 untuk 1- 25 muka surat

Jadi kalau barang/inovasi cikgu2 besar, elok tangkap gambar banyak2 dan masukkan dalam lingkungan helaian yang saya nyatakan di atas untuk menjimatkan kos...


LANGKAH KETIGA
PENGHANTARAN

Setelah semua borang selesai di isi dan dilengkapkan, cikgu2 perlu ke pejabat pos untuk penghantaran... yela, takkan nak p bengkel keta kot.. hehehehehe

sampai pejabat pos, beli WANG POS yang bernilai RM25.00

Borang CR1 (RM15) + Dokumen Inovasi Cikgu2-Kurang 25 helai (RM10) = RM 25.00

Lengkapkan wang pos tu dan isi atas nama PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
(Pekerja Pos akan bagi mungkin 2 keping wang pos atau 3 keping)

Dah selesai, masukkan dalam sampul surat dan berstem (ikut berat) atau beli Pos Ekspres yang kecil (kecil dari saiz A4) tu tak silap harga dia RM6.00 lebih kot.. dah lupe...

Pastu tunggulah surat daripada pihak MyIPO. (Proses dalam 2-6 bulan)
Tapi kalau nak cepat di proses, cikgu2 hantar email untuk mohon dipercepatkan atas alasan tertentu misalnya, hari pertandingan sudah dekat,....

Sekian....

eh jap... ada lagi....

LANGKAH KEEMPAT
SHARE ENTRY Saya ni....

Hehehehehe...

Share supaya lebih ramai cikgu2 kita bukan sahaja Kaya Harta Benda, tapi Kaya harta Intelek...
Jom mengKAYAkan diri dengan Harta Intelek....

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.