...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................
Showing posts with label PENDIDIKAN KHAS. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN KHAS. Show all posts

16 January 2021

DOKUMEN PENJAJARAN PENDIDIKAN KHAS BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2021

 PENGENALAN

Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0 ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada guru pendidikan khas dalam menjajarkan kandungan kurikulum pendidikan khas . Panduan ini boleh digunakan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Bagi Program Pendidikan Inklusif (PPI) guru boleh mengguna pakai penjajaran kurikulum arus perdana. Panduan penjajaran kandungan kurikulum pendidikan khas yang disediakan diharap dapat membantu guru Pendidikan Khas dalam merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Guru digalakkan untuk menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut kesesuaian dan keperluan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Penjajaran kurikulum ini juga memberi ruang kepada guru Pendidikan Khas untuk melaksanakan kurikulum secara fleksibel seperti yang dinyatakan di dalam Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.

OBJEKTIF

 Panduan Penjajaran Kurikulum Pendidikan Khas 2.0 ini disediakan bagi mencapai objektif berikut: i. Menjelaskan konsep fleksibiliti dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan khas. ii. Menjelaskan kaedah pelaksanaan penjajaran kurikulum 2.0 bagi pendidikan khas. iii. Menjelaskan cadangan dan strategi bagi merancang PdP yang bersesuaian bagi MBK.

FOKUS

Fokus penjajaran kurikulum pendidikan khas 2.0 ini adalah membantu guru pendidikan khas merancang PdP melalui penyusunan semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus MBK dalam apa jua keadaan.


Download Bahan-Bahan Sokongan Berikut :


GARIS PANDUAN KONSEP PENJAJARAN

KSSRPK TAHUN 1

KSSRPK TAHUN 5

PANDUAN PENJAJARAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS 2.0


Jangan lupa share untuk membantu rakan-rakan guru yang lain.

Selamat mendownload ya... Sebelum tu, sebagai tanda sokongan rakan-rakan semua, jemput SUBSCRIBE, LIKE, SHARE DAN KOMEN 
di

terima kasih

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.