...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................
Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts
Showing posts with label TUTORIAL. Show all posts

10 October 2021

TUTORIAL MENJALANKAN KELAS PdPR MENGGUNAKAN VIDEO CHAT TELEGRAM

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berikut saya kongsikan langkah-langkah untuk membantu guru2 menjalankan PdPR menggunakan video chat di Telegram yang berfungsi lebih baik berbanding google meet. Tapi sebelum itu, mari saya perkenalkan sedikit tentang telegram dan kelebihannya. Jom lihat pada paparan gambar rajah di bawah:




Untuk mendapatkan tutorial semua di atas boleh berkunjung ke channel youtube Cikgu jumrah :

KOLEKSI VIDEO TUTORIAL CIKGU JUMRAH







Semoga bermanfaat.... Jangan lupa hadir memberi sokongan dalam semua media sosial yang dimiliki dan atas nama CIKGU JUMRAH seperti Youtube, Facebook, Instagram, Telegram dan TikTok.


Untuk mendapatkan bahan2 softcopy boleh join channel telegram cikgu jumrah t.me/cikgujumrah

Terima kasih...




10 April 2019

Bagaimana Mendapatkan Hak Cipta Harta Intelek?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ini saya nak kongsikan bagaimana mendapatkan Copyright untuk bahan Inovasi atau apa juga bentuk keluaran hasil titik peluh dan idea cikgu-cikgu khususnya untuk tujuan Hak Cipta anda.. Senang Cerita Harta Intelek... Harta Intelek ni harta kita juga cikgu2... selain kebendaan, curahan Idea juga merupakan harta kita yang perlu di wartakan pemiliknya.

Senang jer cikgu2.. layari laman sesawang berikut:


http://www.myipo.gov.my/en/home/


Cara-caranya Cikgu boleh tgk gambar di bawah dan lihat maklumatnya:


LANGKAH PERTAMA
DOWNLOAD BORANG-BORANG PENTING

1 = Klik COPYRIGHT




















2 = DOWLOAD BORANG CR-1 
(Isi dan lengkapkan)






3 = DOWNLOAD BORANG SAMPLE SD - Individual



( Borang yang diberi ini hanya sample sahaja, cikgu2 boleh gunakan borang ini dengan cara tukarkan borang ini kepada bentuk word. Cari dalam blog saya ini cara menukar pdf kepada word.) Atau klik link dibawah:

TUKAR PDF KE WORD

Borang 3 ni adalah SURAT AKUAN SUMPAH yang perlu dihantar dan dapatkan tandatangan daripada pesuruh jaya sumpah yang berdekatan dengan anda. Bayaran kepada pesuruhjaya sumpah bergantung kepada keaadaan dan cas semasa. Tapi tak mahal... hari tu saya buat RM6.00 jer.

Borang akuan sumpah ni kena print 2 helai ni. jangan jadikan sehelai walaupun nampak membazir kan.. hehehe sebab muka surat kedua tu adalah surat menyatakan lampiran gambar inovasi cikgu2.


Borang Akuan sumpah tu macam ni :


LANGKAH KEDUA
TANGKAP GAMBAR HASIL INOVASI CIKGU2 DAN MASUKKAN DALAM WORD/PDF DAN PRINT. 

BAYARAN RM10 untuk 1- 25 muka surat

Jadi kalau barang/inovasi cikgu2 besar, elok tangkap gambar banyak2 dan masukkan dalam lingkungan helaian yang saya nyatakan di atas untuk menjimatkan kos...


LANGKAH KETIGA
PENGHANTARAN

Setelah semua borang selesai di isi dan dilengkapkan, cikgu2 perlu ke pejabat pos untuk penghantaran... yela, takkan nak p bengkel keta kot.. hehehehehe

sampai pejabat pos, beli WANG POS yang bernilai RM25.00

Borang CR1 (RM15) + Dokumen Inovasi Cikgu2-Kurang 25 helai (RM10) = RM 25.00

Lengkapkan wang pos tu dan isi atas nama PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
(Pekerja Pos akan bagi mungkin 2 keping wang pos atau 3 keping)

Dah selesai, masukkan dalam sampul surat dan berstem (ikut berat) atau beli Pos Ekspres yang kecil (kecil dari saiz A4) tu tak silap harga dia RM6.00 lebih kot.. dah lupe...

Pastu tunggulah surat daripada pihak MyIPO. (Proses dalam 2-6 bulan)
Tapi kalau nak cepat di proses, cikgu2 hantar email untuk mohon dipercepatkan atas alasan tertentu misalnya, hari pertandingan sudah dekat,....

Sekian....

eh jap... ada lagi....

LANGKAH KEEMPAT
SHARE ENTRY Saya ni....

Hehehehehe...

Share supaya lebih ramai cikgu2 kita bukan sahaja Kaya Harta Benda, tapi Kaya harta Intelek...
Jom mengKAYAkan diri dengan Harta Intelek....

09 August 2016

TUTORIAL QUIZIZZ

Salam 1 Malaysia

Cikgu2 yang dihormati semua.... Saya nak share macam mana nak buat pembelajaran yang lebih menarik menggunakan QUIZIZZ.... Kompom-kompom cikgu cikgu semua dah berada dalam zon Pembelajaran Abad 21... TAHNIAH.....!!!!

Saya share tutorial ini melalui gambaq ja noh... hampa tengok le gambaq ni noh...

Kalau tak faham hampa tanya ja nanti.. 
Jangan risau, setiap gambaq tu ada penerangan.. cek dah buat dah.... Macam mana ceq buat gambaq-gambaq ni...????? Nanti ceq share plak la mcmn nak buat dalam entry yang lain....
Tak pa, insyaallah ceq ada masa lagi ni sbb lani dok semester break lagi... bulan 9 ni baru class start balik... okey...

KLIK Link Untuk GURU :

KLIK Link Untuk MURID :

.Oh ya... Lupa nak bagitau, Link untuk quiz cikgu2 ni boleh copy dan pastekan dalam FROGVLE cikgu2... so cikgu2 boleh menINCREASEkan rating dan penggunaan frogvle cikgu2...
itu sudah bagus... kan....

Selamat belajar...















Kalau ada umur yang panjang, nanti ceq share plak macamana nak buat soalan dan convert jadi gambaq mcam soalan ceq kat atas ni kan...











Selamat bermain.....

kalau tak dan nak buat soalan sendiri... Hampa cari jer dalam quizizz tu.. Kadang-kadang ada cikgu2 yang dah buat soalan.... So kerja kita lebih mudah....
Kalau ada masa terluang tu buat soalan sendiri dan public kan soalan kita untuk memberi faedah dan kesenangan kepada orang lain.... sangat membantu guru-guru kita kan....
Sharing is caring kan.....

Sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan komen kat bawah ni....


04 October 2015

📚📖 Pesta Buku UPSI 📖📓📚

Salam 1 Malaysia
Apa khabar semua?
Sihat.. okey good..😄😄

Hari jumaat lepas kelas mcm biasa, tiba ja di pintu gerbang upsi terpampang iklan ada pesta buku...
Yup pesta buku 📚📚📚📚📚📚
Suke...suke...

Ni la gerbang upsi kampus baru yg terletak di proton city, Tjg Malim.

Habis kls esk nak p tgk...
Okey, jom fotolog (wujudker word ni?)

Muka berpeluh sbb berjaya naik dlm bas setelah sekian lama menunggu ketibaannya dlm ketebalan jerebu..
Muke teman bepoluh2.. sory la ek...

Inilah dewan tempat selalu kami makan... 

Bas ni la kami naik.. free of charge tau.. hehehe janji korg student upsi...

Pesta buku berlangsung di UPSI kampus lama..

Bersama penulis buku novel travellog...

Kononnya tgh bentang proposal hahahahaha

Sebelum masuk kelas Prof. Dr. Jumaat

Sebelum masuk dewan pesta buku, singgah sebentar di loceng agung upsi 

Nak naik perpustakaan bergerak...

K la... next time kite share lg ek...

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.