Apa nak jadi dengan dunia sekarang?????
KOTA BHARU - Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun.
Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu.
Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri.
“Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek,” katanya kepada pemberita, semalam.
Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya.
“Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.
“Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian,” katanya.
Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan.
“Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/ibu-jadi-mangsa-seksual-anak-sendiri-1.233517
24 December 2013
23 November 2013
++Persampelan++
PERSAMPELAN
Populasi
- merupakan keseluruhan unit/objek/elemen/responden/ yang merupakan asas kepada
bahan pengukuran pengkaji
Sampel
- merupakan satu kumpulan, kelompok atau subset yang dipilih khusus untuk
mewakili populasi dalam sesuatu kajian
Sampel
mungkin boleh merupakan unit/objek/elemen/responden atau apa-apa sahaja yang
menjadi bahan pengukuran bagi mendapatkan data
Persampelan
adalah satu proses memilih sampel yang mungkin terdiri daripada unit/ objek/
elemen/responden dari satu populasi yang dikenal pasti dalam kajian dengan
menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu supaya hasil kajian dapat
digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi
Kerangka
Polisi - kerangka populasi merupakan senarai maklumat lengkap yang boleh
diperolehi mengenai sampel yang akan dipilih
KEPENTINGAN PERSAMPELAN
membolehkan
pengkaji memilih sampel yang bersesuaian dari satu populasi yang besar
membolehkan
inferensi atau generalisasi dilakukan ke atas populasi berdasarkan keputusan
kajian yang diperolehi
menyesuaikan
dengan kos dan masa kajian
BENTUK DAN JENIS PERSAMPELAN
Persampelan kebarangkalian (probability
sampling)
ü merujuk kepada andaian bahawa setiap ahli
dalam populasi mempunyai peluang atau kebarangkalian yang sama untuk dipilih
sebagai sampel
persampelan bukan kebarangkalian (non-probability
sampling)
MENENTUKAN SAIZ SAMPEL
sampel yang
terlalu besar akan menyukarkan pengkajian menjalankan kajian kerana akan
memakan masa yang agak lama dan kos yang tinggi
sampel yang
terlalu sedikit akan memberi kesan kepada analisis statistik serta kesahan
sampel dalam mewakili populasi
Rujuk Krejcie
dan Morgan (1970) jadual 4.1 halaman 50.
PERSAMPELAN KEBARANGKALIAN (PROBABILITY SAMPLING)
Persampelan Rawak Mudah (Simple Random Sampling)
ü Persampelan rawak mudah merujuk kepada
andaian bahawa setiap unit/objek/ elemen/ responden mempunyai peluang yang sama
untuk dipilih sebagai sampel tanpa sebarang bias pemilihan
ü Setiap unit/objek/elemen/responden
perlulah diberikan peluang untuk pilihan
ü pengkaji mempunyai satu senarai kerangka
populasi yang lengkap dan setiap sampel akan dipilih secara rawak
Persampelan Sistematik (Systematic Sampling)
ü Persampelan bersistematik menetapkan cara
yang lebih mudah untuk mendapat atau memilih sampel
ü contoh, nisbah sampel kepada populasi
ialah 1 : 10 (100 : 1000)
ü Merupakan kaedah yang efisien
Persampelan Rawak Berstratifikasi (Stratified
Random Sampling)
ü pemilihan responden dalam kelompok atau
strata tertentu yang mewakili populasi kajian
ü sekiranya diandaikan wujud
perbezaan-perbezaan tertentu dalam kumpulan atau strata yang berlainan
ü kumpulan-kumpulan pembolehubah yang
bermakna yang membolehkan pengkaji membuat perbandingan mengenai isu2 tertentu
ü Cth; perbezaan jantina, pilih 50 lelaki
& 50 wanita
Persampelan Rawak Berstratifikasi
Bernisbah (Proportional Stratified Random Sampling)
ü kaedah ini pengkaji harus menentukan
bilangan sampel yang perlu diambil berdasarkan kepada jumlah populasi
ü Pemilihan berdasarkan nisbah populasi
Bernisbah (Disproportional Stratified
Random Sampling)
ü berstratifikasi bernisbah kadangkala
menyebabkan jumlah sampel dalam sesuatu strata itu terlalu kecil
ü analisis statistik yang berkesan sukar
dijalankan
ü dilakukan melalui proses yang sama seperti
persampelan rawak berstratifikasi bernisbah
Persampelan Rumpun Pelbagai Tahap (Multistage
Cluster Sampling)
ü kajian yang dilakukan memerlukan pengkaji
mengambil sampel yang besar seperti kajian untuk sebuah negeri ataupun negara
mahupun populasi yang besar
ü memerlukan pengkaji membuat perancangan
dalam memilih sampel akhir
ü Rumpun di sini merujuk kepada entiti yang
boleh berupa kelompok, kumpulan, strata atau organisasi yang melibatkan
unit-unit heterogeneous (pelbagai)
PERSAMPELAN BUKAN KEBARANGKALIAN (NON-PROBABILITY
SAMPLING)
unit/objek/elemen/responden tidak
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.
Sampel dari populasi yang berbentuk homogeneous
mungkin lebih sesuai menggunakan kaedah ini
Persampelan mudah (Convenience/Accidental
Sampling)
Sesiapa sahaja dalam populasi yang dikenal
pasti, boleh menjadi sampel tanpa perlu sebarang proses pemilihan secara rawak
asalkan bersetuju untuk menjadi responden kajian.
selalunya digunakan dalam fasa penerokaan
sesuatu kajian atau bila pengkaji memerlukan sampel dengan segera atau mungkin
tidak ada masa bagi membentuk kaedah persampelan lain
kaedah persampelan bagi mendapatkan
maklumat mudah, cepat dan berkesan
Persampelan bertujuan (Purposive Sampling)
Persampelan bertujuan digunakan bagi
mengumpul maklumat dari sekumpulan sampel yang khusus dan spesifik serta
bertepatan dengan objektif kajian
merujuk kepada sesuatu perwakilan formal
memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam
kajian dan tergolong dalam populasi kajian
Cth; pakar
Persampelan Kuota (Quota Sampling)
sebenarnya hanya menerapkan konsep
stratifikasi dalam pemilihan sampel.
Persampelan Bola Salji (Snowball
Sampling)
bermaksud mendapatkan jumlah sampel yang
sedikit dahulu sebelum jumlah itu bertambah melalui maklumat nama dan lokasi sampel
lain yang diberikan oleh sampel awal
22 November 2013
++Sukatan Memusat & Sukatan Serakan++
Ukuran
Memusat
Sukatan
kecenderungan memusat ialah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu
taburan data dan ianya merupakan asas pengukuran dalam statistik. Sukatan
kecenderungan memusat menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah
pada satu kumpulan nombor. Terdapat tiga pengukuran atau statistik yang biasa
digunakan untuk menunjukkan sukatan kecenderungan memusat. Statistik tersebut
ialah min, median dan mod.
Min ialah
purata bagi semua nilai dalam populasi atau sampel. Median ialah cerapan
ditengah apabila semua cerapan tersebut disusun mengikut urutan. Sekiranya
terdapat dua titik tengah maka median ialah purata bagi dua nilai tengah itu. Mod ialah
cerapan yang kekerapannya adalah tertinggi dalam suatu set data. Kelas mod ialah
kelas yang mempunyai kekerapan yang tertinggi.
Jadual
kekerapan ialah satu cara sistematik jika data yang dikumpulkan adalah
banyak dan bernilai besar. Ini adalah kerana kiraan min untuk satu kumpulan
data yang banyak dan bernilai besar kadangkala mengambil masa yang lama. Maka,
data yang banyak itu dikumpulkan dan dijadualkan sebelum mengira minnya. Bagi
data yang tidak terkumpul, min adalah dikira dengan menjumlahkan nilai di dalam
set data dan kemudiannya membahagikannya dengan bilangan data tersebut. Mod
bagi data terkumpul adalah titik tengah kelas mod. Nilai median bagi data tidak
terkumpul adalah nilai yang terletak di tengah-tengah apabila data tersebut
disusun secara menaik.
Ukuran
Serakan
Sukatan
kecenderungan memusat iaitu min, median dan mod tidak memberi gambaran
sepenuhnya tentang taburan sesuatu set data. Sebagai contoh, dua set data yang
mempunyai min yang sama mungkin mempunyai sebaran yang berbeza sepenuhnya
antara satu sama lain. Sisihan antara nilai-nilai yang diperhatikan bagi
sesuatu set data mungkin lebih kecil atau lebih besar jika dibandingkan dengan
set data yang lain. Sukatan yang dapat membantu untuk mengetahui tentang
sebaran sesuatu set data dikenali sebagai sukaran serakan. Sukatan
kecenderungan memusat dan sukatan serakan secara bersama akan dapat memberi
gambaran yang lebih baik tentang sesuatu set data jika hanya menggunakan
sukatan kecenderungan memusat sahaja.
Sukatan serakan menghuraikan amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang
diperhatikan. Set data yang tersebar luas akan mempunyai nilai sukatan serakan
yang lebih besar berbanding dengan set data yang berkumpul rapat. Julat adalah
sukatan serakan yang paling mudah untuk dihitung. Julat dapat diperolehi dengan
mencari perbezaan antara nilai terbesar dengan nilai terkecil dalam set data
itu. Sisihan piawai adalah sukatan serakan yang paling kerap digunakan. Nilai
sisihan piawai yang rendah bagi sesuatu set data akan menunjukkan bahawa
nilai-nilai dalam set data itu adalah tersebar dalam julat yang kecil secara
relatifnya disekitar nilai min set data itu. Sisihan piawai boleh diperolehi
dengan mencari nilai positif bagi punca kuasa dua nilai varian.
Kuartil-kuartil adalah
sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah disusun
mengikut tertib sama ada menaik atau menurun kepada empat bahagian yang sama. Persentil pula
sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah disusun
mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama. Kuartil dan persentil
bagi taburan data terkumpul boleh dianggarkan daripada lengkungan kekerapan
kumulatif. Kekerapan kumulatif adalah jumlah bilangan data yang
kurang daripada satu nilai tertentu. Lengkungan kekerapan kumulatif atau nama
khasnya ogif boleh dilukis dengan kekerapan kumulatif pada paksi
menegak atau mencancang dan sempadan kelas atas sesuatu selang kelas pada paksi
mendatar atau mengufuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tentang Saya
Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.