...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

10 November 2013

++Pelbagai Kecerdasan ++



Kepada yang berminat utk dapatkan dalam bentuk word boleh email or hubungi sy.. whatsapp pon boleh .


05 November 2013

++Penggunaan Statistik++

Secara etimologis kata ‘statistik’ berasal dari kata status (bahasa latin) yang mempunyai persamaan arti dengan kata state (bahasa Inggris) atau kata staat (bahasa Belanda). Pada mulanya, kata “statistik” diertikan sebagai “kumpulan bahan keterangan (data), baik yang berwujud angka (data kuantitatif) mahupun yang tidak berwujud angka (data kualitatif), yang mempunyai makna penting dan kegunaan yang besar bagi suatu negara. Namun, pada perkembangan selanjutnya, erti kata statistik hanya dibatasi pada “kumpulan bahan keterangan yang berwujud angka (data kuantitatif)” saja; bahan keterangan yang tidak berwujud angka (data kualitatif) tidak lagi disebut statistik.
              Dalam kamus bahasa Inggris kita akan jumpa kata statistics dan kata statistic. Kedua kata itu mempunyai makna yang berbeza. Kata statistics ertinya “ilmu statistik”, manakala statistic bererti “ukuran yang diperoleh atau berasal dari sampel,” iaitu sebagai lawan dari kata “parameter” yang bererti “ukuran yang diperoleh atau berasal dari populasi”.
            
Di antara kegunaan Statistik sebagai ilmu pengetahuan adalah:
(a) Untuk menggambarkan keadaan, baik secara umum amupun secara khusus;
(b) Untuk memperoleh gambaran tentang perkembangan (pasang-surut) dari waktu ke waktu;
 (c) Untuk mengetahui perbandingan (membandingkan) sesuatu peristiwa
(d) Untuk menilai keadaan dengan jalan menguji perbezaan antara sesuatu peristiwa
(e) Untuk menilai keadaan dengan jalan mencari hubungan antara sesuatu peristiwa.
(f) Untuk menjadi dasar atau pedoman, baik di dalam menarik kesimpulan, mengambil keputusan, serta memperkirakan terjadinya sesuatu hal atas dasar bahan-bahan keterangan (data) yang telah berhasil dihimpun, dan lain sebagainya.
          Statistik dipelajari di berbagai bidang ilmu kerana statistik adalah sekumpulan alat analisis data yang dapat membantu untuk mengambil keputusan berdasarkan hasil kesimpulan pada analisis data yang di kumpulkan. Selain itu juga dengan statistik membolehkan kita meramal keadaan yang akan datang berdasakan data masa lalu.













02 November 2013

++ Kesan Rumah Hijau ++



Kesan Rumah Hijau 

  1. Menyebab berlakunya pemanasan global
  2. Kawasan yang mengalami pencemaran yang teruk akan lebih mengalami suhu yang lebih panas
  3. Pemanasan global akibat kesan rumah hijau akan menganggu iklim dunia akibat suhu yang tidak menentu.Flora dan fauna juga turut diganggu aturan atau kitaran hidupnya seperti bunga di kawasan sejuk berbunga lebih cepat dari kebiasaan dan sebagainya
  4. Kenaikan suhu dunia akan mencairkan ais terutamanya di Artik.Walaupun mengambil masa,kesannya pastilah buruk kerana pencairan ais ini akan menyebabkan kenaikan paras air laut yang mampu menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulau-pulau kecil di seluruh dunia.Dijangka ais di Artik akan cair kesemuanya pada tahun 2099(wikipedia) 


Punca Berlaku Kesan Rumah Hijau
  • Faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi yang membebaskan pelbagai gas antaranya sulfur dan oksida.
  • Faktor manusia iaitu melakukan pencemaran dan membebaskan pelbagai gas seperti karbon dioksida,karbon monoksida,nitrogen oksida,CFC,halon dan sebagainya.Gas-gas inilah yang membentuk satu layer atau lapisan yang menghalang pembalikan sinaran ultraunggu matahari secara semula jadi.Lapisan ini juga akan menyebabkan gas yang lain turut berkumpul di lapisan ini.


  1. Membebaskan gas berbahaya daripada kilang,kereta dan sebagainya.(pencemaran udara) 
  2. Menggunakan alatan yang membebaskan CFC . 
  3. Penggunaan racun serangga serta baja kimia turut membebaskan gas kesan rumah hijau 
  4. Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbang pencemaran alam sekitar serta membentuk kesan rumah hijau. 

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.