01 November 2013
24 October 2013
+++Jujukan Aritmetik & Jujukan Geometri+++
Jujukan terdiri daripada Jujukan Aritmetik dan Jujukan Geometri. Jujukan juga dikenali
sebagai janjang. Jujukan Aritmetik ialah satu jujukan nombor yang mempunyai beza sepunya,
d.
dengan
Tn sebutan ke-n
- Sebutan ke-n, Tn = a + (n - 1) dengan a = sebutan pertama
- Hasil tambah n sebutan pertama
Contoh ;
2,
5, 8, 11,.. ialah satu janjang aritmetik dengan sebutan pertama, a = 2 dan beza
sepunya, d = 5 - 2 = 3.
Manakala
Jujukan
Geometri pula merupakan jujukan nombor yang mempunyai nisbah sepunya,
r.
- Sebutan ke-n, Tn = ar n-1, dengan a ialah sebutan pertama.
- Hasil tambah n sebutan pertama,
- Hasil tambah bilangan sebutan ketidakterhinggaan,
Berikut beberapa contoh yang melibatkan penggunaan jujukan Aritmetik dan juga Jujukan Geometri
18 October 2013
+++Unsur-Unsur Monoatom dan Dwi-atom+++
Unsur logam yang terdapat dalam jadual berkala
kebanyakannya wujud dalam keadaan monoatom. Namun terdapat unsur yang wujud
dalam bentuk dwi-atom dan lebih. Ini
kita panggil sebagai unsur-unsur yang wujud sebagai molekul kovalen. Gambar di
bawah menunjukkan unsur-unsur yang wujud dalam keadaan dwiatom dan lebih.
+++ Fungsi Dalam Kehidupan Seharian+++
Kadar tambang teksi adalah fungsi terhadap jarak yang dilalui. Ini merupakan salah satu contoh penggunaan
fungsi dalam kehidupan seharian kita.
Katakan
f adalah fungsi yang memetakan unsur-unsur
dari set X kepada unsur-unsur dalam set Y. Kita akan tulis fungsi tersebut
seperti berikut;
Katakan
unsur dalam set X ialah jarak bagi setiap perjalanan maka dengan secara tidak
langsung dengan penggunaan pengiraan fungsi kita dapat mengetahui kadar tambang
teksi mengikut jarak yang dilalui.
Sebagai
contoh ;
Katakan f(x)
= 3x + 2, x = 2,3,5,6. Maka f boleh
diwakili dengan pasangan tertib sebagai ;
Disini, unsur ialah 2,3,5,6 manakala Imej pula 8,11,17,20. Kita dapat melihat lebih jelas melalui ilustrasi berikut;
Maka, jelaslah bahawa domain bagi suatu f ialah
unsur-unsur x (Jarak perjalanan) yang dipetakan kepada imej-imej y (Tambang
Teksi). Set bagi imej dikenali sebagai julat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tentang Saya
Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.