...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

24 December 2013

(Berita) Ibu jadi mangsa seksual anak sendiri

Apa nak jadi dengan dunia sekarang?????



KOTA BHARU - Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun.

Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu.

Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri.

“Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek,” katanya kepada pemberita, semalam.

Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya.

“Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.

“Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian,” katanya.

Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/semasa/ibu-jadi-mangsa-seksual-anak-sendiri-1.233517

23 November 2013

++Persampelan++

—PERSAMPELAN
—  Populasi - merupakan keseluruhan unit/objek/elemen/responden/ yang merupakan asas kepada bahan pengukuran pengkaji
—  Sampel - merupakan satu kumpulan, kelompok atau subset yang dipilih khusus untuk mewakili populasi dalam sesuatu kajian
—  Sampel mungkin boleh merupakan unit/objek/elemen/responden atau apa-apa sahaja yang menjadi bahan pengukuran bagi mendapatkan data
—  Persampelan adalah satu proses memilih sampel yang mungkin terdiri daripada unit/ objek/ elemen/responden dari satu populasi yang dikenal pasti dalam kajian dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi
—  Kerangka Polisi - kerangka populasi merupakan senarai maklumat lengkap yang boleh diperolehi mengenai sampel yang akan dipilih

KEPENTINGAN PERSAMPELAN
—  membolehkan pengkaji memilih sampel yang bersesuaian dari satu populasi yang besar
—  membolehkan inferensi atau generalisasi dilakukan ke atas populasi berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi
—  menyesuaikan dengan kos dan masa kajian

BENTUK DAN JENIS PERSAMPELAN
—  Persampelan kebarangkalian (probability sampling)
ü  merujuk kepada andaian bahawa setiap ahli dalam populasi mempunyai peluang atau kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel
—  persampelan bukan kebarangkalian (non-probability sampling)

MENENTUKAN SAIZ SAMPEL
—  sampel yang terlalu besar akan menyukarkan pengkajian menjalankan kajian kerana akan memakan masa yang agak lama dan kos yang tinggi
—  sampel yang terlalu sedikit akan memberi kesan kepada analisis statistik serta kesahan sampel dalam mewakili populasi
—  Rujuk Krejcie dan Morgan (1970) jadual 4.1 halaman 50.

PERSAMPELAN KEBARANGKALIAN (PROBABILITY SAMPLING)
—  Persampelan Rawak Mudah  (Simple Random Sampling)
ü  Persampelan rawak mudah merujuk kepada andaian bahawa setiap unit/objek/ elemen/ responden mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel tanpa sebarang bias pemilihan
ü  Setiap unit/objek/elemen/responden perlulah diberikan peluang untuk pilihan
ü  pengkaji mempunyai satu senarai kerangka populasi yang lengkap dan setiap sampel akan dipilih secara rawak
—  Persampelan Sistematik  (Systematic Sampling)
ü  Persampelan bersistematik menetapkan cara yang lebih mudah untuk mendapat atau memilih sampel
ü  contoh, nisbah sampel kepada populasi ialah 1 : 10 (100 : 1000)
ü  Merupakan kaedah yang efisien
—  Persampelan Rawak Berstratifikasi (Stratified Random Sampling)
ü  pemilihan responden dalam kelompok atau strata tertentu yang mewakili populasi kajian
ü  sekiranya diandaikan wujud perbezaan-perbezaan tertentu dalam kumpulan atau strata yang berlainan
ü  kumpulan-kumpulan pembolehubah yang bermakna yang membolehkan pengkaji membuat perbandingan mengenai isu2 tertentu
ü  Cth; perbezaan jantina, pilih 50 lelaki & 50 wanita
—  Persampelan Rawak Berstratifikasi Bernisbah (Proportional Stratified Random Sampling)
ü  kaedah ini pengkaji harus menentukan bilangan sampel yang perlu diambil berdasarkan kepada jumlah populasi
ü  Pemilihan berdasarkan nisbah populasi
—  Bernisbah (Disproportional Stratified Random Sampling)
ü  berstratifikasi bernisbah kadangkala menyebabkan jumlah sampel dalam sesuatu strata itu terlalu kecil
ü  analisis statistik yang berkesan sukar dijalankan
ü  dilakukan melalui proses yang sama seperti persampelan rawak berstratifikasi bernisbah

—  Persampelan Rumpun Pelbagai Tahap (Multistage Cluster Sampling)
ü  kajian yang dilakukan memerlukan pengkaji mengambil sampel yang besar seperti kajian untuk sebuah negeri ataupun negara mahupun populasi yang besar
ü  memerlukan pengkaji membuat perancangan dalam memilih sampel akhir
ü  Rumpun di sini merujuk kepada entiti yang boleh berupa kelompok, kumpulan, strata atau organisasi yang melibatkan unit-unit heterogeneous (pelbagai)

PERSAMPELAN BUKAN KEBARANGKALIAN (NON-PROBABILITY SAMPLING)
—  unit/objek/elemen/responden tidak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.
—  Sampel dari populasi yang berbentuk homogeneous mungkin lebih sesuai menggunakan kaedah ini
Persampelan mudah (Convenience/Accidental Sampling)
—  Sesiapa sahaja dalam populasi yang dikenal pasti, boleh menjadi sampel tanpa perlu sebarang proses pemilihan secara rawak asalkan bersetuju untuk menjadi responden kajian.
—  selalunya digunakan dalam fasa penerokaan sesuatu kajian atau bila pengkaji memerlukan sampel dengan segera atau mungkin tidak ada masa bagi membentuk kaedah persampelan lain
—  kaedah persampelan bagi mendapatkan maklumat mudah, cepat dan berkesan
Persampelan bertujuan  (Purposive Sampling)
—  Persampelan bertujuan digunakan bagi mengumpul maklumat dari sekumpulan sampel yang khusus dan spesifik serta bertepatan dengan objektif kajian
—  merujuk kepada sesuatu perwakilan formal
—  memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam kajian dan tergolong dalam populasi kajian
—  Cth; pakar
Persampelan Kuota (Quota Sampling)
—  sebenarnya hanya menerapkan konsep stratifikasi dalam pemilihan sampel.
Persampelan Bola Salji (Snowball Sampling)
—  bermaksud mendapatkan jumlah sampel yang sedikit dahulu sebelum jumlah itu bertambah melalui maklumat nama dan lokasi sampel lain yang diberikan oleh sampel awal
—  Cth; pelacur






++Korelasi & Regresi++



















AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.