Sunday, July 18, 2021

Pengambilan Khas PISMP Lepasan SPM (SMA/SMU & UEC) 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program seperti berikut:



1. KETERANGAN PROGRAM 
1.1 Nama Program : 
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

1.1.2 Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1.3 Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1.4 PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa. 

2. SYARAT UMUM

2.1 Warganegara Malaysia.

2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.

2.3 Sihat tubuh badan.

2.4 Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

3. SYARAT AKADEMIK

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus Sejarah. 

4. SYARAT TAMBAHAN

4.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) :

4.1.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)

4.2 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU):

4.2.1 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU. 

5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

5.1 Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SJKC) bagi Iulusan Unified Examination Certificate (UEC).

5.2 Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK/SJKC/SJKT) bagi lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU). 

6. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

6.1 Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

6.2 Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.

6.3 Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program. 

6.3 Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

7. CARA MEMOHON

7.1 Iklan permohonan akan dikeluarkan di portal KPM, facebook KPM dan media massa pada 15 Julai 2021 di laman sesawang www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my.

7.2 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang PISMP, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat :

https://pismp.moe.gov.my mulai (16 hingga 22 Julai 2021). 

7.3 Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan Lulus e-Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG), penyediaan Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (UKF).

7.4 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : www.moe.gov.my dan https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, Video Kecergasan Fizikal, Syarat Bidang serta Kalendar Aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.

7.5 Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup. (22 Julai 2021).

7.6 Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.

7.7 Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.

7.8 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

PERINGATAN 
Pemohon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan 
disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

22 JULAI 2021 (11:59 MALAM)

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 
ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1 
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan) 
No. Telefon : 03-83126720/6768/6758/6693/6678/6733/ 6731/6769/6689/6760



1 comment:

MUKA DEPAN/ DIVIDER/ KOMPONEN MYPORTFOLIO

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sekarang tengah sibuk isi myPortfolio di dalam HRMIS kan..?  Nantikan video tutorial yang saya akan ko...