...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

29 December 2014

APA ITU PELAPORAN KSSR TAHUN 5

Salam 1 Malaysia,

Perlu kah pelaporan ini..?

Apa tujuan mengisi pelaporan ini..?

Perekodan adalah proses merekod pencapaian murid berdasarkan Tahap Penguasaan yang telah diperincikan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Pelaporan ialah proses menyampaikan maklumat pembelajaran dan pencapaian murid dari semasa ke semasa mengenai kemajuan dan perkembangan mereka dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai seperti yang dihasratkan dalam kurikulum.

*Guru boleh menyimpan semula (save As) fail Excel tersebut mengikut nama kelas yang diajar dan memasukkan data maklumat murid yang lengkap. Setiap kelas perlu ada fail Excel yang lengkap bagi semua mata pelajaran.
*Guru menjalankan PdP seperti biasa dan selepas selesai mengajar satu kelompok (tajuk) standard pembelajaran, guru perlu merekod tahap penguasaan murid dengan angka 1 – 6 dalam templet tersebut.

*Guru diingatkan agar merekodkan tahap penguasaan murid setelah mengambil kira semua aspek  kemajuan dan perkembangan pembelajaran murid menggunakan pelbagai cara pentaksiran yang sesuai. Hal ini untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan dalam menentukan tahap penguasaan seseorang murid.

*Sebagai langkah keselamatan dan mengelakkan keciciran data, guru perlu menyimpan salinan fail data, Guru disarankan menyerahkan satu salinan fail data kepada Ketua Panitia dan Setiausaha Peperiksaan bagi tujuan penyimpanan.

*Maklumat pencapaian murid boleh dianalisis secara automatis dalam program MS Excel untuk menghasilkan pelaporan murid dan pelaporan pencapaian keseluruhan kelas.

*Disarankan, bagi tujuan keselamatan dan petunjuk perkembangan prestasi murid, wujudkan fail bagi semester kedua daripada fail semester pertama. Fail kedua diwujudkan dengan sambungan pertama bagi tujuan perekodkan untuk tajuk-tajuk seterusnya. Sekiranya ada perubahan tahap penguasaan murid bagi aspek Kemahiran Proses & Sikap dan Nilai boleh ditambahbaik pada fail semester kedua.

*Pelaporan ini memberi maklumat secara komprehensif tahap penguasaan murid dan bukan melabelkan murid berdasarkan tahap penguasaan. Tahap penguasaan tersebut adalah dinamik dan luwes sejajar dengan perkembangan kognitif dan kebolehan murid. Namun tujuan utama adalah membantu guru dan murid mengenal pasti kemajuan dan perkembangan pembelajaran.

*Pelaporan memberi maklumat kepada ibu bapa atau penjaga tentang pencapaian murid dalam bentuk Tahap Penguasaan 1 – 6 secara deskriptif.

*Pelaporan murid mengandungi pernyataan bagi standard kandungan, standard pembelajaran, standard prestasi dan pencapaian tahap penguasaan yang diperoleh. Pihak sekolah harus bersedia memberi salinan pelaporan murid tersebut atas permintaan ibu bapa atau penjaga.

*Selain itu, program MS Excel juga membekalkan pelaporan pencapaian keseluruhan kelas yang memaparkan peratus pencapaian setiap tahap penguasaan bagi kelas tersebut dalam bentuk grafik.

*Pelaporan murid perlu dilakukan mengikut keperluan dan perancangan sekolah untuk membolehkan pihak sekolah, murid, ibu bapa atau penjaga dan pihak berkenaan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.