...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

29 December 2014

RPT ( Rancangan Pengajaran Tahunan) Tahun 5

Salam 1 Malaysia,

RPT ini saya peroleh daripada group Matematik yang saya ikuti. Semoga perkongsian ini membawa keberkatan.. amin...



























Selamat mendownload....

MODUL PANDUAN PENGAJARAN TAHUN 5

Salam 1 Malaysia,

Di kesempatan ini, saya melahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di seluruh negeri yang terlibat.. Saya doakan semoga kalian mendapat lindunganNya.. Amin...
Saya hanya mampu menitipkan doa... Begitu juga dengan mangsa QZ 8501 atau AWQ8501 pesawat AirAsia... semoga semuanya selamat...

Okey, kali ini OLA nak share modul pengajaran tahun 5 untuk semua subjek.. Macam biasa just klik subjek yg dikehendaki... 

Tapi sebelum itu, ola tunjukkan beberapa keping gambar penerangan bagaimana cara untuk 'mendownload' bagi yang tidak tahu.. yang tahu.. alhamdulillah....



Bila keluar jer seperti gambar di atas, trus klik jer anak panah ke bawah tu... hehehehe.. sebab sebelum ni Ola share guna dropBox ada terpampang2 besar perkataan DOWNLOAD... Kali ini Ola guna Drive jer.. hehehe cepat sikit...

K la... boleh la mendownload... hehehehe...

Apa..?? Nak RPT plak..? okey... Klik Disini


 BAHASA MALAYSIA

BAHASA INGGERIS




DUNIA SAINS


SEJARAH




TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI












PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL






psssttttt...: Subjek yang belum anda TIDAK bisa klik tu maknanya belum ada lagi la.. hehehehe
sedang dlm proses pencarian... jika sapa yang dah p kursus tu mesti ada kan.. ble lah kirimkan ke email saya di

cikgujumrah13@gmail.com

TQ

08 November 2014

Sumber Pencemaran Bertitik - Air

Pencemaran berpunca daripada cecair tapak pelupusan sisa pepejal (Landfill Leachate) merupakan sumber pencemaran bertitik. Ini kerana tapak pelupusan sisa pepejal hanya menyalurkan bahan pencemar dari lokasi tertentu yang mudah dikenal pasti. Titik penyaluran bahan pencemar air adalah seperti paip, longkang dan parit.


Terdapat banyak parameter atau bahan pencemar daripada Landfill Leachate yang boleh menyebabkan pencemaran air yang serius. Antaranya adalah seperti nitrogen dan fosforus yang boleh menyebabkan kemusnahan ekosistem. Selain itu, asid dan bahan logam hasil daripada cecair sisa pelupusan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia dan haiwan.


Sisa kumbahan merupakan sumber yang kaya dengan nutrien seperti nitrogen dan fosforus. Biasanya nitrogen adalah komponen penting dan penjanaan tisu dan sintesis protein dalam sel tumbuhan termasuk sel alga. Fosforus juga diperlukan dalam penjanaan tenaga melalui cahaya matahari oleh sel tumbuhan dan alga. Namun begitu, Dalam hal pencemaran air, nitrogen dan fosforus sering dikaitkan dengan pencemaran air kerana kandungan nitrogen dan fosforus yang berlebihan di dalam air boleh mengganggu kestabilan ekosistem sesuatu sumber air melalui pertumbuhan sel alga secara berlebihan. Sumber air yang mengandungi kepekatan nutrien dan alga yang tinggi dikatakan mengalami proses eutrofikasi. Kepekatan sel alga yang tinggi di dalam air dikenali sebagai alga bloom dimana air akan berwarna hijau dan berbau busuk yang akan mengurangkan nilai estetik sumber air tersebut.




Bahan kimia tidak organik yang paling membimbangkan adalah logam berat seperti merkuri, plumbum, kadmium, selenium dan arsenik. Bahan logam berat ii sangat bahaya walaupun wujud pada kepekatan yang rendah di dalam air. Proses Bioakumulasi boleh menyebabkan kehadiran logam berat yang sangat tinggi dalam tumbuhan dan tisu haiwan seperti ikan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada manusia jika memakan tumbuhan dan ikan yang hidup dalam air yang dicemari oleh logam berat. Asid juga boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan sekiranya wujud dalam kepekatan yang tinggi. Asid akan menurunkan nilai pH air dan boleh mengganggu kestabilan ekosistem akuatik.


AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.