23 November 2013
22 November 2013
++Sukatan Memusat & Sukatan Serakan++
Ukuran
Memusat
Sukatan
kecenderungan memusat ialah ukuran purata yang menunjukkan ukuran pusat sesuatu
taburan data dan ianya merupakan asas pengukuran dalam statistik. Sukatan
kecenderungan memusat menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan titik tengah
pada satu kumpulan nombor. Terdapat tiga pengukuran atau statistik yang biasa
digunakan untuk menunjukkan sukatan kecenderungan memusat. Statistik tersebut
ialah min, median dan mod.
Min ialah
purata bagi semua nilai dalam populasi atau sampel. Median ialah cerapan
ditengah apabila semua cerapan tersebut disusun mengikut urutan. Sekiranya
terdapat dua titik tengah maka median ialah purata bagi dua nilai tengah itu. Mod ialah
cerapan yang kekerapannya adalah tertinggi dalam suatu set data. Kelas mod ialah
kelas yang mempunyai kekerapan yang tertinggi.
Jadual
kekerapan ialah satu cara sistematik jika data yang dikumpulkan adalah
banyak dan bernilai besar. Ini adalah kerana kiraan min untuk satu kumpulan
data yang banyak dan bernilai besar kadangkala mengambil masa yang lama. Maka,
data yang banyak itu dikumpulkan dan dijadualkan sebelum mengira minnya. Bagi
data yang tidak terkumpul, min adalah dikira dengan menjumlahkan nilai di dalam
set data dan kemudiannya membahagikannya dengan bilangan data tersebut. Mod
bagi data terkumpul adalah titik tengah kelas mod. Nilai median bagi data tidak
terkumpul adalah nilai yang terletak di tengah-tengah apabila data tersebut
disusun secara menaik.
Ukuran
Serakan
Sukatan
kecenderungan memusat iaitu min, median dan mod tidak memberi gambaran
sepenuhnya tentang taburan sesuatu set data. Sebagai contoh, dua set data yang
mempunyai min yang sama mungkin mempunyai sebaran yang berbeza sepenuhnya
antara satu sama lain. Sisihan antara nilai-nilai yang diperhatikan bagi
sesuatu set data mungkin lebih kecil atau lebih besar jika dibandingkan dengan
set data yang lain. Sukatan yang dapat membantu untuk mengetahui tentang
sebaran sesuatu set data dikenali sebagai sukaran serakan. Sukatan
kecenderungan memusat dan sukatan serakan secara bersama akan dapat memberi
gambaran yang lebih baik tentang sesuatu set data jika hanya menggunakan
sukatan kecenderungan memusat sahaja.
Sukatan serakan menghuraikan amaun sebaran antara nilai-nilai set data yang
diperhatikan. Set data yang tersebar luas akan mempunyai nilai sukatan serakan
yang lebih besar berbanding dengan set data yang berkumpul rapat. Julat adalah
sukatan serakan yang paling mudah untuk dihitung. Julat dapat diperolehi dengan
mencari perbezaan antara nilai terbesar dengan nilai terkecil dalam set data
itu. Sisihan piawai adalah sukatan serakan yang paling kerap digunakan. Nilai
sisihan piawai yang rendah bagi sesuatu set data akan menunjukkan bahawa
nilai-nilai dalam set data itu adalah tersebar dalam julat yang kecil secara
relatifnya disekitar nilai min set data itu. Sisihan piawai boleh diperolehi
dengan mencari nilai positif bagi punca kuasa dua nilai varian.
Kuartil-kuartil adalah
sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah disusun
mengikut tertib sama ada menaik atau menurun kepada empat bahagian yang sama. Persentil pula
sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu set data yang telah disusun
mengikut tertib menaik kepada 100 bahagian yang sama. Kuartil dan persentil
bagi taburan data terkumpul boleh dianggarkan daripada lengkungan kekerapan
kumulatif. Kekerapan kumulatif adalah jumlah bilangan data yang
kurang daripada satu nilai tertentu. Lengkungan kekerapan kumulatif atau nama
khasnya ogif boleh dilukis dengan kekerapan kumulatif pada paksi
menegak atau mencancang dan sempadan kelas atas sesuatu selang kelas pada paksi
mendatar atau mengufuk.
10 November 2013
++Pelbagai Kecerdasan ++
Kepada yang berminat utk dapatkan dalam bentuk word boleh email or hubungi sy.. whatsapp pon boleh .
05 November 2013
++Penggunaan Statistik++
Secara etimologis kata ‘statistik’ berasal dari kata status (bahasa
latin) yang mempunyai persamaan arti dengan kata state (bahasa
Inggris) atau kata staat (bahasa Belanda). Pada
mulanya, kata “statistik” diertikan sebagai “kumpulan bahan keterangan
(data), baik yang berwujud angka (data kuantitatif) mahupun yang tidak berwujud
angka (data kualitatif), yang mempunyai makna penting dan kegunaan yang besar
bagi suatu negara. Namun, pada perkembangan selanjutnya, erti kata
statistik hanya dibatasi pada “kumpulan bahan keterangan yang berwujud angka (data
kuantitatif)” saja; bahan keterangan yang tidak berwujud angka (data
kualitatif) tidak lagi disebut statistik.
Dalam
kamus bahasa Inggris kita akan jumpa kata statistics dan kata statistic.
Kedua kata itu mempunyai makna yang berbeza. Kata statistics ertinya “ilmu
statistik”, manakala statistic bererti “ukuran yang
diperoleh atau berasal dari sampel,” iaitu sebagai lawan dari kata “parameter”
yang bererti “ukuran yang diperoleh atau berasal dari populasi”.
Di antara kegunaan Statistik sebagai ilmu pengetahuan
adalah:
(a) Untuk menggambarkan keadaan, baik secara umum amupun
secara khusus;
(b) Untuk memperoleh gambaran tentang perkembangan
(pasang-surut) dari waktu ke waktu;
(c) Untuk
mengetahui perbandingan (membandingkan) sesuatu peristiwa
(d) Untuk menilai keadaan dengan jalan menguji perbezaan
antara sesuatu peristiwa
(e) Untuk menilai keadaan dengan jalan mencari hubungan
antara sesuatu peristiwa.
(f) Untuk menjadi dasar atau pedoman, baik di dalam
menarik kesimpulan, mengambil keputusan, serta memperkirakan terjadinya sesuatu
hal atas dasar bahan-bahan keterangan (data) yang telah berhasil dihimpun, dan
lain sebagainya.
Statistik dipelajari di berbagai
bidang ilmu kerana statistik adalah sekumpulan alat analisis data yang dapat
membantu untuk mengambil keputusan berdasarkan hasil kesimpulan pada analisis
data yang di kumpulkan. Selain itu juga dengan statistik membolehkan kita
meramal keadaan yang akan datang berdasakan data masa lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tentang Saya
Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.