...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

04 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha



Salam.. dikesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha.. semoga tahun ini memberi banyak pengertian.. Setiap pengorbanan kita sebelum ini jadikan satu titik permulaan untuk menggapai kejayaan.. Rasa seronok pon ada, sedih pon ada. nak dengar seronok ker sedih dulu? Hehehehe, jawab soalan ni tak dpt pointer tinggi pon.. hahahaha.. tapi just nak berkongsi keseronokan dan kesedihan.. yg seronoknya dpt blik kg suami kat kedah nun.. ble mandi ayaq tejun.... best... raya2 p bkelah pon syok gak... yg sedihnya sebb teingat kat arwah mak... taun ni raya aidilfitri pon tak smpat beraya dengan mak.. tapi tak pala, kena terima ketentuan Allah.. Semoga arwah mak ditempatkan dengan golongan orang yang beriman.. amin..

11 October 2011

Fail-Fail KSSR

Fail yang saya sediakan untuk pelajar-pelajar saya;

tersusun rapi di dalam almari di dalam kelas saya,


Fail individu.. *pembetulan, ada sedikit kesilapan, bukan penilaian tetapi pentaksiran..
Semangat buat sampai salah terjemah.. dah buat banyak untuk semua kelas tahun 1, tak baik membazir, jadi kami guna juga. kalau ada pemantauan baru tampal pembetulan...hhehehe
ni dah masuk blog ni dah bocor rahsia..hehehehe

kalau nak tahu lebih lanjut, saya ada link yang mungkin membantu,


Terima kasih kerana sudi membaca entry ini..

Panduan Persediaan Sebelum Melakukan Aktiviti

Beberapa panduan yang boleh diguna pakai dalam 

perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. 

Khususnya murid Tahun 1. 


Bagaimana pemakaian anak murid saya..?


Murid Lelaki ini bernama Hariz dan murid perempuan ini bernama Nurin.

Adakah Hariz dan Nurin memakai pakaian yang betul..? 

Ya, Hariz dan Nurin 
  • memakai baju yang sesuai
  • memakai kasut yang sesuai
  •  mengenakan stoking
  • memasukkan baju ke dalam seluar

Bagaimana pula dengan gambar ini.?


Apa yang anda fikirkan..?

Aleeya ( rambut pendek ) dan Marina ( tinggi ) memakai pakaian yang sesuai

Mereka juga memakai kasut yang sesuai serta mengenakan stoking,

Saya tau apa yang anda fikirkan...

Ya, Aleeya berambut pendek dan disikat rapi dan kemas, manakala 

Marina pula mengikat rambutnya yang panjang dengan kemas.

Pernahkah anda berhadapan dengan pelajar seperti gambar di bawah..?

(lakonan sahaja)


Sebenarnya mereka berdua ini memakai pakaian yang sesuai untuk menjalankan aktiviti,

tapi kena paksa oleh cikgunye.. jadi in merupakan lakonan semata...

murid-murid SK SIMPANG PULAI semua kemas..

Berbalik kepada topik asal kita, 

Apakah kesalahan yang anda dapat lihat pada murid perempuan di atas.? namanya Rabiatul.

Ya, Rabiatul seharusnya mengikat rambutnya dengan kemas. Ini bertujuan untuk 

memberi keselesaan dan keselamatan kepada dia ketika melakukan aktiviti.

Bagaimana pula dengan Raja Mohd Firdaus (murid lelaki)..?

Adakah dia memakai kasut..?

Adakah dia memasukkan baju-T nya ke dalam seluar..?

Adakah dia dia memakai stoking..?


Ya, kesemuanya TIDAK...

Seharusnya Raja Mohd Firdaus ;

  • Memakai kasut dan stoking
  • Memasukkan baju ke dalam seluar
Mematuhi peraturan seperti tatacara berpakaian ini perlulah dipatuhi dan diamalkan selalu agar keselesaan kita terpelihara dan yang paling penting keselamatan terjamin.

p/s... anak murid saya semua gembira dapat bergambar beramai2.. lihatlah semangat mereka.. merekalah perintis kepada Program KSSR yang bakal mencetuskan evolusi daripada transformasi yang dilaksanakan.


dan yang pasti mereka ini lah pelakon-pelakon jemputan saya dalam penghasilan mikro/makro pengajaran saya nanti...

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.