ABOUT CIKGU JUMRAH









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih kerana sudi mengunjungi channel saya,

cikgujumrah.com ini berkisarkan tentang pelbagai maklumat 

yang boleh diperolehi untuk Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelbagai 

mata pelajaran khususnya untuk sekolah rendah.

Saya akan cuba memberi maklumat yang dapat membantu



BIODATA CIKGU JUMRAH



Terpapar dalam Kapsul UPSI

Nama pemilik channel ini ialah Cikgu Jumrah.
Negeri Sabah ialah negeri kelahiran Cikgu Jumrah. Sejak dibangku sekolah lagi, Cikgu Jumrah bergiat aktif dalam pelbagai bidang termasuk sukan dan akademik. Seawal usia 10 tahun lagi Cikgu Jumrah sudah mewakili sekolah dalam Pertandingan Catur, sukan Bola Jaring dan Rounders. Minatnya dalam membaca buku-buku fiksyen menjadi salah satu faktor Cikgu Jumrah menjadi Pustakawan Sekolah dan Daerah.  Selain menjadi Pustakawan, Cikgu Jumrah juga menjadi Pengawas sekolah yang dedikasi setelah memasuki Aliran Sains Tulen ketika memasuki Tingkatan 4 hingga ke Tingkatan 5. 

Memegang Bendera Negeri Sabah

Cikgu Jumrah dengan camera berpisah tiada...



Selepas Tingkatan 5 dengan berbekalkan Pangkat 1, Cikgu Jumrah mendapat tawaran ke Matrikulasi dalam Bidang Sains Hayat. Namun terpaksa ditolak kerana menerima tawaran Maktab Perguruan. Oleh kerana tawaran Maktab Perguruan kali pertama tidak berjaya, Cikgu Jumrah sekali lagi mencuba nasib dengan menukar bidang permohonan daripada Matematik kepada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan akhirnya mendapat tawaran dalam bidang Diploma Perguruan di MAKTAB PERGURUAN SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU. 

Mengunjungi Sekolah Pertama iaitu di SK SERI BESOUT, SUNGKAI PERAK.

Setelah mengharungi alam perguruan selama 3 tahun, Cikgu Jumrah di tempatkan di SK SERI BESOUT, SUNGKAI, PERAK sebagai sekolah pertama penempatan beliau. Cikgu Jumrah bertugas di sana selama 6 tahun. Pada tahun ke-dua beliau di sana, Cikgu Jumrah bertemu jodoh di sana dan menamatkan zaman bujang pada tahun 2008. Di sekolah ini, Cikgu Jumrah memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Panitia PJK, Setiausaha Sukan, Penyelaras Makmal Komputer, Guru Kelas dan Jurulatih Olahraga. Pasukan Olahraga sekolah menjadi pasukan yang digeruni pada ketika itu dibawah bimbingan Cikgu Khairul Nizam dan Cikgu Jumrah dan sering mendapat Johan keseluruhan peringkat daerah. 

Bersama suami tercinta 


Bersama sahabat menyambut Hari Guru di SK Simpang Pulai, Ipoh, Perak.





Bersama rakan-rakan di SK SIMPANG PULAI, IPOH PERAK.

Pada tahun 2011, Cikgu Jumrah bertukar ke SK SIMPANG PULAI, IPOH, PERAK kerana telah membeli rumah di sekitar sekolah tersebut. Pada tahun yang sama, Cikgu Jumrah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (dengan Kepujian) dalam bidang Matematik dan Sains di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI), TANJUNG MALIM , PERAK. Di sekolah ini, Cikgu Jumrah memegang beberapa jawatan utama antaranya Ketua Kelab Guru dan Kakitangan, Guru Disiplin dan Guru Kelas untuk beberapa tahun berikutnya. 


Menamatkan pengajian master

Setelah menamatkan pengajian Sarjana Muda pada tahun 2015, Cikgu Jumrah meneruskan pengajian dalam Sarjana Lanjutan (Master) dalam bidang Pengurusan Pendidikan dan mendapat tajaan sepenuhnya dalam Program MyBrain15. Cikgu Jumrah menamatkan pengajian dalam tempoh 3 semester sahaja dan mendapat Anugerah Dekan untuk setiap semester seterusnya mendapat GOT (Graduate On Time). Setelah mendapat skroll pengajian, Cikgu Jumrah tidak membuang masa melanjutkan pelajaran lagi dalam Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang yang sama iaitu Pengurusan Pendidikan. Cikgu Jumrah telah menghadiri beberapa persidangan dan pembentangan kajian seperti di Bandung, Indonesia. Kuching, Sarawak dan di dalam UPSI itu sendiri.

Membuat perbincangan untuk pembentangan pertama di semester pertama di UPSI (Master)

Sedondon bagi meraikan tahun akhir di UPSI (Master)

Muka gembira setelah menghantar tesis master

Membuat pembentangan di Bandung, Indonesia






Besama sahabat-sahabat semasa buat master


Bersama penyelia Prof. Madya Dr. Kuan Wai Bing


Pada tahun 2016, Cikgu Jumrah mencabar diri dengan mengikuti Pertandingan Inovasi kategori Individu Sekolah Rendah peringkat Daerah dan Peringkat Negeri. Penyertaan pertama ini, Cikgu Jumrah mendapat Pingat Perak. Ini merupakan satu-satunya Pingat Perak yang diperolehi sepanjang menyertai pertandingan Inovasi yang disertai sehingga Tahun 2019. Selepas itu, setiap tahun Cikgu Jumrah mendapat Pingat Emas dan pada tahun 2019 mewakili Negeri Perak ke peringkat Kebangsaan dalam pertandingan Inovasi ini.


Tahun pertama menyertai Pertandingan Inovasi (2016) 
Gambar bersama Dr Norazlin yang merupakan rakan seperjuangan
 sejak Ijazah sehingga Phd yang juga merupakan rakan 'seinovasi'.


Menerima Anugerah Penghormatan Guru 2019



Tak ingat terima anugerah apa..hehehe

Membuat pameran Inovasi 

Bersama peserta Inovasi Daerah Kinta Utara, Perak.

Membuat taklimat Inovasi (JU Inovasi Daerah Kinta Utara)



Tahun kegemilangan, menerima pelbagai Anugerah pada tahun 2019

Pada Tahun 2018, Cikgu Jumrah sekali lagi mencabar diri menjadi Penolong Kanan Kokurikulum di SK TASEK DERMAWAN, IPOH PERAK.  Di sekolah ini, Cikgu Jumrah membantu menaikkan nama sekolah melalui Inovasi dan memberi sokongan penuh penglibatan murid-murid dan guru dalam bidang sukan permainan seperti Kriket, Sofbol, Bola Tampar, Olahraga dan pelbagai lagi sehingga pada Tahun 2019 sekolah ini menerima Anugrah Kecemerlangan Sukan (Sekolah Rendah) atas kejayaan melahirkan murid-murid berkemahiran mewakili sekolah ke peringkat KEBANGSAAN. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas usaha yang padu oleh guru-guru SKTD dan Jurulatih mereka seperti Cikgu Azlan, Mualim Ikmal, Ustat Dzulkifli, Cikgu Faizzuddin, Cikgu Norashizah, Ustat Wira, Cikgu Basri, Ustat Fadzly, Cikgu Emylia, Cikgu Najah dan semua warga SKTD atas kecemerlangan dan usaha tanpa jemu sehingga menaikkan nama sekolah. Terima Kasih.

Bersama barisan warga SKTD

Barisan Pentadbir SKTD 2018-2020

Orang Kuat PJ SKTD


Pada Tahun 2021, Cikgu Jumrah telah bertukar ke negeri jelapang padi iaitu Kedah dan bertugas di SK BUKIT PAYONG, POKOK SENA KEDAH. 

Berikut merupakan beberapa kejayaan dan pencapaian yang diperoleh oleh Cikgu Jumrah:

* Guru Inovasi Matematik Sekolah Rendah 2017(PPD)
* Anugerah  Perak Pertandingan Inovasi 2016 (Negeri)
* Anugerah Emas Pertandingan Inovasi 2017 (Negeri)
* Anugerah Emas Pertandingan Inovasi 2018 (Negeri)
* Anugerah Emas Karnival Matematik 2018 (Kebangsaan)
* Guru Adiwira (2019)

* Anugerah Penghormatan Guru (PPD)
* Guru Inovatif Individu Sekolah Rendah 2019 (Negeri)
* Anugerah Emas Internasional Innovation Invention and Creation Exhibition (IICE) 2018 


Terima kasih kerana menyokong


Jemput ke Channel Youtube Cikgu Jumrah

klik di bawah


YOUTUBE CIKGU JUMRAH


MUKA DEPAN/ DIVIDER/ KOMPONEN MYPORTFOLIO

  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sekarang tengah sibuk isi myPortfolio di dalam HRMIS kan..?  Nantikan video tutorial yang saya akan ko...