...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

10 October 2021

TUTORIAL MEMBINA GROUP DAN CHANNEL TELEGRAM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Berikut saya kongsikan bagaimana membina group dan channel pada Telegram



1. Klik pada 3 garisan melintang

2. Jika hendak membuka group tekan NEW GROUP, dan pilih NEW CHANNEL untuk membuka channel.  Beza group dan channel boleh lihat di bawah selepas ini, Cikgu Jumrah akan terangkan sedikit.

3. Namakan group @ kelas yang hendak di buka

4. Masukkan sekurang2nya 1 ahli untuk membina group. Untuk Channel tidak perlu



5 & 6 Klik ini untuk mendapatkan info tentang group yang dibina

7. Klik pada manage group untuk kongsikan link group

8. Tukarkarkan hidden kepada visible untuk membolehkan pelajar yang baru join membaca mesej2 yang telah disampaikan sebelum murid join group. So.. tak perlu nak cakap banyak kali. atau senang pin kan sahaja mesej yang penting.



PERBEZAAN GROUP DAN CHANNEL DI TELEGRAM


GROUP:

1. Had ahli ialah 200 000 ahli

2. Ahli disebut sebagai members

3. Ahli boleh membalas dan menulis serta menghantar sebarang media di dalam group


CHANNEL

1. TIADA HAD AHLI

2. Ahli di sebut sebagai subscribers

3. Ahli hanya boleh membaca dan menerima info. 

5. Ahli boleh memuat turun bahan yang dikongsikan.


GROUP DAN CHANNEL BOLEH....

1. Membuat Voice dan Video Chat

2. Memuat turun bahan yang dikongsikan


Kongsikan jika bahan ini membantu anda. Jangan lupa hadir menyokong channel Cikgu Jumrah di Channel; Youtube Cikgu Jumrah. Berikut adalah Link Channel Telegram Cikgu Jumrah:


t.me/cikgujumrah 


30 September 2021

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PEMBUKAAN SEKOLAH 3.0

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti yang sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan garis panduan pengoperasian dan pembukaan sekolah 3.0 yang mana garis panduan ini merupakan pembaharuan daripada edisi 2.0 sebelum ini.


Berikut disertakan link untuk di download dalam format pdf.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PEMBUKAAN SEKOLAH 3.0


Garis paduan ini juga boleh dilihat melalui animasi buku (anyflip) seperti di bawah ini:

 


 

Semoga membantu.. Kongsikan supaya lebih ramai mendapat manfaatnya.

Jangan lupa hadir ke Channel2 Cikgu Jumrah dan berikan sokongan. Terima kasih:




TERRIMA KASIH   TERIMA KASIH KERANA SUDI SUBSCRIBE.... SEMOGA ALLAH MEMBERI KEBERKATAN DAN RAHMAT UNTUK KITA SEMUA... 


21 September 2021

TUTORIAL RAKAM VIDEO PDPC GUNA TELEGRAM

 TUTORIAL RAKAM VIDEO PDPC GUNA TELEGRAM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Telegram telah di update (19/9/2021) dengan versi 3.1

Apa yang menarik untuk versi kali ini...???


Terdapat banyak yang menarik untuk versi updated telegram kali ini, yang paling menarik adalah rakaman video untuk voice chat sudah boleh digunakan. Jika sebelum ini, kaman dalam bentuk format audio sahaja boleh dilakukan. Untuk versi 3.1 ini, para guru khususnya akan gembira dengan berita ini.


Selain daripada itu, admin dalam group boleh melihat berapa dan siapa yang telah membaca mesej yang telah dihantar. Menarik kan...??? Fitur ini sangat sesuai untuk guru dalam mengesan bilangan murid yang telah membaca atau menjawab soalan daripada mesej yang telah dihantar oleh guru.


Terdapat banyak lagi fitur yang menarik untuk versi 3.1 ini dan pastinya akan ada lagi fitur yang lebih menarik selepas ini.


Jom tonton bagaimana membuat rakaman video PdPC menggunakan telegram walaupun cikgu hanya mempunyai 1 screen sahaja.


Semoga bermanfaat. Kongsikan supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya...


✅ LINK YOUTUBE

https://www.youtube.com/watch?v=tDd9Hl4Jnn8


✅ LINK CHANNEL

https://www.youtube.com/c/CikguJumrah


✅ KOLEKSI VIDEO TUTORIAL CIKGU JUMRAH 👇

https://youtube.com/playlist?list=PLBPFYF2lBRC13I9TUZWQDwV4gnVGTt81n


#telegram

#rakamanvideopdpc

18 September 2021

APLIKASI PERMAINAN BLOOKET DALAM PdPR

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Kali ini Cikgu Jumrah ingin kongsikan berkaitan dengan aplikasi permainan yang digemari oleh murid-murid iaitu BLOOKET...

Terdapat 10 mode permainan yang disediakan... untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana dan strategi untuk setiap mode permainan tersebut, boleh tonton video yang Cikgu Jumrah dah sediakan di sini 

10 MODE PERMAINAN DALAM BLOOKET




Jom lihat PENGENALAN DAN BAGAIMANA guru-guru menggunakan BLOOKET dalam pengajaran masing-masing melalui paparan di bawah. 
Kongsikan supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya.
Terima Kasih
















BERIKUT PULA IALAH TUTORIAL BAGAIMANA MEMBINA SOALAN UNTUK DIKONGSIKAN KEPADA MURID SEMASA MENJALANKAN PdPR

 








BERIKUT PULA IALAH TUTORIAL BAGAIMANA MEMULAKAN PERMAINAN SEMASA MENJALANKAN PdPR








Setiap set soalan yang dibina boleh dimainkan dengan 10 mode permainan yang disediakan. Selamat bermain....



Kongsikan supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya..
Terima Kasih...

Jangan lupa Subscribe Channel Youtube Cikgu Jumrah sebagai tanda sokongan anda....

Terima kasih

AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.