Friday, October 29, 2021

BUKU PANDUAN PBD EDISI 2

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011.

Edisi ke 2 ini diterbitkan pada tahun 2019 dan menjadi panduan untuk semua guru dalam menjalankan pentaksiran dengan baik dan saksama.

Di sini Cikgu Jumrah ingin kongsikan dalam bentuk flipbook untuk lebih mudah dicapai dan dibaca. Selain daripada itu cikgu jumrah juga kongsikan dalam bentuk pdf untuk dimuat turun. Semua bahan ini Cikgu Jumrah peroleh daripada Portal Rasmi BPK ( Bahagian Pembangunan Kurikulum)



Jika berminat untuk muat turun, boleh tekan link di bawah ini:

BUKU PANDUAN PBD EDISI 2

Ilustrasi yang lebih menarik dipaparkan dalam bentuk poster seperti yang ditunjukkan di bawah ini.










(Sumber BPK)

Kongsikan supaya lebih ramai yang mendapat manfaatnya

1 comment:

RPT TAHUN 1 HINGGA TAHUN 5 SEMAKAN TERKINI SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Seperti yang dijanjikan Cikgu Jumrah akan kongsikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi sesi persek...