Tuesday, March 12, 2019

PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)



Assalamualaikum dan salam Sejahtera...

Berikut merupakan buku panduan pelaksanaan  Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran holistik yang terdiri
daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri
daripada dua komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentakiran Sekolah (PS),
manakala kategori bukan akademik terdiri daripada dua komponen lagi iaitu
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3
Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah
dan Menengah Rendah (KP.LP.003.07.14.05(1)) bertarikh 29 Julai 2011.

Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai
hujung tahun 2016. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan
melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap
penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM). Selain daripada Standard Prestasi, Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.






Selamat Membaca

Unutk dapatkan Templet2 Semakan Tahun 1, 2 dan Tahun 3 boleh klik pada pautan PELAPORAN di sebelah kanan ini. 
Terima kasih

1 comment:

RPT TAHUN 1 HINGGA TAHUN 5 SEMAKAN TERKINI SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Seperti yang dijanjikan Cikgu Jumrah akan kongsikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi sesi persek...