Thursday, July 25, 2013

Bilik Operasi KSSR

Alhamdulillah... 

Bilik Operasi KSSR sudah boleh beroprasi. Semua guru yang terlibat boleh menggunakan bilik ini.

Antara fungsi utama bilik ini ialah ;

1. Menyediakan contoh-contoh eviden dan juga instrumen penaksiran sebagai rujukan.

2. Guru-guru boleh mencetak segala prestasi dan perkembangan murid menggunakan printer yang disediakan hasil daripada inisiatif Jawatankuasa KSSR sekolah berkongsi membeli printer ini.

3. Memberi peluang kepada guru-guru KSSR berkongsi maklumat dan juga pengalaman melalui penyediaan Bahan Bantu Belajar (BBB) bersama-sama.

4. Menempatkan fail-fail sebagai rujukan yang berkaitan dengan KSSR

5. Memberi maklumat berkaitan KSSR melalui pameran dan informasi terkini.


Jom kita lihat Bilik Operasi KSSR SK Simpang Pulai.


Pintu



Mural dihasilkan oleh guru praktikal di sekolah ( Cikgu Azrul, Fatin dan kawan2) 



Meja Utama


Pameran maklumat dan informasi berkaitan KSSR



Rak penyimpanan fail-fail



Bahan BBB yang dipamerkan



Bahan Bacaan berkaitan



Semoga dengan wujudnya bilik ini dapat memberi kemudahan kepada semua guru terutamanya guru KSSR.



No comments:

Post a Comment

RPT TAHUN 1 HINGGA TAHUN 5 SEMAKAN TERKINI SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Seperti yang dijanjikan Cikgu Jumrah akan kongsikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi sesi persek...