...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

19 April 2013

Pembelajaran Konstruktivisme


Salam 1 Malaysia
Teori ini konstruktivisme berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Antara tokoh yang bertanggungjawab memperkanalkan teori ini adalah L. Vigotsky dan Jean Piaget. Implikasi teori ini dalam P&P ialah peranan guru merupakan pembimbing, pemudahcara serta perancang dan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Malah, pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. 
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru. Melalui kaedah ini, seorang guru harus menyedari lima elemen penting sebelum mengaplikasikan langkah-langkah pengajaran.
  1. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid    tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
  2. Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
  3. Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
  4. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
  5. Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid.

Dengan lima elimen penting pengajaran guru, maka pelajar berpeluang untuk menerima pembelajaran secara kolektif dan dinamik antara hasil kelebihan teori konstrutivisme .
Mampu Berfikir:
Membina pengetahuan baru, berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Ini boleh dicapai melalui aktiviti mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpristasi dan membuat kesimpulan.
Memahami:
Kefahaman mengenai sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam membina pengetahuan baru. Sekiranya murid sudah dapat memahami sudah tentulah mereka akan dapat mengaplikasikan pengetahuan baru dalam kehidupan dan situasi baru.
Daya Mengingat:
Setelah mereka memahami sesuatu konsep, mereka akan dapat mengingati lebih lama kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Berkeyakinan:
Mereka belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu.Ini akan menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
Berkemahiran sosial:
Mereka boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Mereka akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka dan guru-guru dalam membina pengetahuan mereka sendiri.
Rasa kesoronokan:
Mereka membina sendiri pengetahuan , konsep idea secara aktif yang akhirnya menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.



















Ini merupakan contoh pengajaran berdasarkan Konstruktivisme yang saya laksanakan di dalam kelas saya. terima kasih kepada anak murid saya 3 Gemilang kerana memberi kerjasama yang sangat baik.


12 April 2013

Logaritma Tingkatan 4

Berikut merupakan hukum dan penukaran asas logaritma ;



Miskonsepsi (kesalahan) yang sering berlaku terhadap pelajar ialah seperti gambarajah berikut;


Penyelesaian........




cara untuk mengatasinya boleh la disaksikan seperti vedio yang saya ambil dari youtube;





Selain daripada itu, anda boleh lihat contoh berikut;


Sebagai tambahan, saya sediakan nota yang boleh ditampal di sudut matematik di dalam kelas;



13 March 2013

Tokoh-tokoh DanSejarah Perkembangan Matriks


Salam 1 Malaysia
Sejarah Matriks
Matriks dalam matematik ialah satu teknik pengurusan data. Matriks dicipta oleh Arthur Cayley (1821 – 1895) dan pertama kali perkataan matriks digunakan oleh James J. Sylvester (1850). Kini konsep matriks tidak sahaja digunakan dalam operasi matematik bahkan dalam bidang sains, kejuruteraan dan dunia perniagaan. Dengan penggunaan komputer, kaedah matriks sukar dielakkan lagi.



Dalam matematik, matriks merupakan satu alat matematik yang digunakan untuk membantu proses pengiraan dan juga untuk menterjemahkan keabstrakan di dalam teori aljabar linear mahupunaljabar multi-linear.

Antara tokoh-tokoh Matriks ialah;


1.    Arthur Cayley  

Pada tahun 1863 Cayley diangkat menjadi professor Sadleirian Matematik Murni di Cambridge. Ini menyebabkan penurunan yang sangat besar dalam pemasukan kewangan Cayley yang sekarang harus menguruskan gaji hanya sebanyak sebahagian kecil daripada apa yang ia biasa dapatkan sebagai peguam mahir. Namun Cayley sangat senang memiliki kesempatan untuk mengabdikan dirinya sepenuhnya untuk matematik.
Sebagai profesor Sadleirian Matematik Murni tugasnya adalah
untuk menjelaskan dan mengajarkan prinsip-prinsip matematik murni dan menerapkan dirinya untuk kemajuan ilmu pengetahuan itu.
Cayley berusaha lebih dari sekadar memenuhi keadaan ini. Ia menerbitkan lebih dari 900 makalah dan nota yang meliputi hampir setiap aspek dari matematik moden. Karya Cayley yang paling penting adalah dalam pembangunan aljabar matriks, bekerja di non-euclidean geometry dan geometri n-dimensi.
Pada awal 1849 makalah Cayley menghubungkan idea-ideanya pada permutasi dengan idea Cauchy. Pada tahun 1854 Cayley menulis dua makalah yang luar biasa untuk wawasan mereka pada kumpulan abstrak. Pada waktu itu hanya dikenali kumpulan itu untuk permutasi kelompok dan bahkan ini adalah kawasan baru secara radikal, namun Cayley mendefinisikan sebuah kumpulan abstrak dan memberikan jadual untuk memaparkan darab kumpulan. Dia memberikan 'jadual Cayley' dari beberapa kumpulan permutasi khusus, tetapi jauh lebih signifikan untuk pengenalan konsep kumpulan abstrak, dia menyedari bahawa matriks dan quaternions adalah kelompok.
Pada 1881, Cayley diundang untuk memberikan kuliah di John Hopkins University di Amerika Syarikat, universiti di mana rakannya, Sylvester menjabat sebagai professor matematik.

2.    Johann Carl Friedrich Gauss

Lahir: 30 April 1777 di Brunswick, Brunswick (sekarang Jerman)
Meninggal: 23 Feb 1855 (usia 77 tahun) di Göttingen, Hanover (sekarang Jerman)
Johann Carl Friedrich Gauss (juga dieja Gauss) adalah matematik, astronomi, dan fizik Jerman yang memberikan pelbagai sumbangan; ia dipandang sebagai salah satu matematikawan terbesar sepanjang masa selain Archimedes dan Isaac Newton.
Dilahirkan di Braunschweig, Jerman, ketika umurnya belum genap 3 tahun, ia telah mampu memperbetulkan kesalahan senarai gaji tukang batu ayahnya. Menurut sebuah cerita, pada umur 10 tahun, ia membuat gurunya terkagum-kagum dengan memberikan formula untuk mengira jumlah suatu deret aritmatika berupa pengiraan deret 1 +2 +3 + ... +100. Meski cerita ini hampir sepenuhnya benar, soal yang diberikan gurunya sebenarnya lebih sukar daripada itu.
Gauss ialah saintis dalam pelbagai bidang: matematik, fizik, dan astronomi. Bidang analisis dan geometri menyumbang banyak sekali sumbangan-sumbangan fikiran Gauss dalam matematik. Kalkulus (termasuk limit) ialah salah satu bidang analisis yang juga menarik perhatiannya.

3.    Gabriel Cramer

Lahir: 31 Julai 1704 di Geneva, Switzerland
Meninggal: 4 Jan 1752 di-sur-Bagnols Cèze, Perancis
Gabriel Cramer (31 Julai 1704 - 4 Januari 1752) adalah seorang Switzerland, lahir di Geneva. Dia menunjukkan bakat dalam matematik sejak usia awal. Pada usia 18 ia menerima gelar doktor dan 20 ia menjadi pensyarah matematik. Pada 1728 ia mencadangkan penyelesaian ke St Petesburg. Paradoks yang dihasilkannya sangat dekat dengan konsep teori utiliti yang diharapkan sepuluh tahun kemudian oleh Daniel Bernoulli. Ia menerbitkan karya yang dikenali sebanyak empat puluhan. Ini adalah risalah tentang kurva aljabar,

4.    Gottfries Wilhem Leibniz

Lahir: 21 Jun 1646 di bandar Leipzig, Sachsen
Meninggal: 14 November 1716 di Hanover, Jerman
Pada tahun 1661 Leibniz mendaftarkan diri di Universiti Leipzig dan kuliah falsafah pada ahli teologi Johann Adam Schertzer dan teoretikus falsafah Jakob Thomasius. Pada tahun 1663 ia berubah universiti, sekarang di Universiti Jena untuk belajar lebih lanjut di bawah ahli matematik, fizik dan astronomi Erhard Wiegel untuk membedah pemikiran Pythagoras. Dengan usia 20 tahun ia ingin promosi dalam bidang doktor undang-undang, namun para profesor Leipzig menganggapnya terlalu muda. Leibniz maka pergi ke Nürnberg, untuk belajar lebih lanjut di Universiti Altdorf

Soalan Forum Matematik Asas


Dalam satu kaji selidik yang dijalankan, terdapat 100 
daripada 120 syarikat elektronik mengeluarkan
sekurang-kurangnya satu jenis produk yang terdiri
daripada komputer peribadi, televisyen dan peti
sejuk. Maklumat-maklumat berikut diperolehi:

65 firma mengeluarkan komputer peribadi
45 firma mengeluarkan televisyen
42 firma mengeluarkan peti sejuk
20 firma mengeluarkan komputer peribadi dan 
televisyen
25 firma mengeluarkan komputer peribadi dan peti
sejuk
15 firma mengeluarkan televisyen dan peti sejuk

Tentukan bilangan syarikat yang mengeluarkan
(i) ketiga-tiga jenis produk
(ii) hanya dua jenis produk sahaja
(iii) hanya satu jenis produk sahaja













Dan ini merupakan komen saya terhadap pelajar lain



dan yang ini....



Dan yang ini juga


AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.