...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

29 September 2015

♥♥♥Schoology♥♥♥

Hello kawan-kawan....

Hari ni seharian berkursus di PPD Kinta Utara.... walaupun aku peserta paling lambat sampai, aku tak heran dan tak segan..... hahahaha sebab bukan salah aku, aku dapat maklumat lambat dari pihak sekolah untuk menghadiri kursus ni... Surat tak dapat.. Aku dan seorang lagi cikgu kena datang. sampai jer kami disambut mesra.. hehehehehe, then trus kena soal, tak bawa laptop ker?... ow ow .... lantas aku menjawab, tak pe, saya gunakan tab saya jer.. heehehehe

Ok, bukan nak cerita pasal kejadian pagi tadi... tapi nak sampaikan apa yang menarik tentang ilmu baru yang mungkin kami baru temui..
 yes... berkaitan dengan PdP la sayang....

Mungkin dah ramai yang tahu.. mungkin ada gak yang macam kami.. excited giles.... hehehehe aku je la... 
Korang pernah dengan SCHOOLOGY tak?


senang cerita, hampa type jer schoology kat google.. nanti kluaq la paparan mcm gambar kat atas ni...
Okey, siyes aku cerita memang best kalau korang memang minat IT dan pastinya akan menarik minat murid untuk mengikuti kelas korang yang mungkin dah ketandusan idea... kan...
Dalam ni macam2 boleh buat, 
Lebih kurang macam facebook la, tapi more kepada pendidikan.
Perbincangan, hantar tugasan, edar bahan sebelum pdp dimulakan, beri kerja rumah dan sebagainya..... dalam ni mmg sangat membantu guru untuk mempelbagaikan pendekatan...
idok la murid boring.. hehehehehe

Sebenarnya banyak lagi laman2 yang kita belum terokai...
rajin2 la baca belog aku ni supaya korang dapat idea.. hehehehe... itu pon kalu dan... besala, semester dah mula ni macam2 tugasan dah diterima..

Next time aku cerita plak pasal blendspace, kahoot... hak tu lagi menarik... 
tapi nanti la... tak larat la malam ni nak cite.. hehehehe

Apa pon, kalau korang guru, semua aplikasi alam maya tu korang kena sign up terlebih dahulu as a teacher. dan boleh minta murid sign up as a student... jangan paksa tau... 
aplikasi ni boleh buka guna smartfon gak tau.. so daripada budak2 ni dok layan facebook, baik depa buka benda2 yang bermanfaat kan....



26 September 2015

♥♥♥ myBrain15 ♥♥♥

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Besawang-sawang dah belog i ni tau.. smpai sesat xjumpa keyboard... hehehehhe.. ayat klishey jer kan.. hahahahahhaa

Ok lah.. kita truskan la tentang topik kali ini.. mungkin ada yang belum tahu tentang mybrain15. kalau nak tau just klik gambar di bawah :


or korang boleh tgk facebook mybrain15 ni di sini

  facebook mybrain15

Alhamdulillah, permohonan aku berjaya. bagi penjawat awam, tarikh permohonan telah tutup pada 31 Julai 2015 yang lalu. Untuk swasta rasanya masih dibuka smpi sekarang.

Masa nak tgk result permohonan mymaster aku tu, tuhan jer yang tau mcmn debaran jantung aku... masa tu dalam kereta ondaway balik kampung suami, tetiba member yang mohon sama2 dgn aku tu kol bgtau permohonannya berjaya... kebetulan masa tu kami di RnR Gunung Semanggol, apa lagi, aku terus capai tab aku then buka.. Tanpa aku sedari, air mata keluar sendiri.. syukur sangat2.. suami terus suruh p solat dan sujud syukur...



Alhamdulillah...

Kalau korang nak gak, rajin2 la tgk facebook mybrain15 tu. kadang depa update permohonan dan sebarang pemberitahuan kat situ.

Link yang aku bagi tu, segala borang2 ada dalam tu, korang download dan print jer la... nak download siap2 pon boleh... so senang




Berikut adalah kategori2 yang ditawarkan dalam mybrain15



Masa nak mohon dulu banyak borang yang perlu dikemukakan. Paling PENTING, dokumen hendaklah LENGKAP...!!!. kalau tak lengkap, jangan marah dan salahkan mybrain KPM sbb memang dah diberitahu dalam syarat2 permohonan.

Bila dah dapat pon banyak gak borang2 dan prosedur yang perlu diikuti.. biasalah, kenalah berkorban kalau nak dapatkan sesuatu kan... tapi bila kita berjaya memperolehinya, memang pengorbanan itu rasa nikmat...

 Antara borang2 yang perlu dihantar bila permohonan berjaya



Korang jenguk2 la dulu link2 yang i dah sediakan tadi... mana tau rezeki korang plak lepas ni. Insyaallah mana tau kan... Tuah ayam nampak di kaki, kenapa tuah dia nampak kat kaki?..hehehehe

Salam Aidiladha semua... masih dalam mood raya korban...

11 August 2015

Master @ UPSI

Assalamualaikum and very good _________ (fill in the blank ) friends...
a) morning
b) afternoon
c) evening
d) night

hehehehe... Jangan marah yer.. mula2 baca entry ni dah kena suh jawab soalan plak...
Okey, seperti yang di janjikan, hari ini ola nak share macam mana nak prossed/apply master kat UPSI. Kat upsi jer tau.. univesiti lain den tak tau, sebab den tak apply U lain.

Nak senang korang tgk gambaq lagi mudah kan...


Mula2 korang kena p BSN yang terdekat, kena beli BITARA ID dengan harga RM26 sahaja. Yang RM80 tu kalau korang bukan warga negara MALAYSIA.... hehehehehe Kalau korang ada online banking BSN tak perlu p bank, boleh beli melalui online gak... tak pon p ATM dia ja, kalau korang ada kad ATM BSN la.... tapi kalau nak beli kena tunggu iklan application ni kluar dulu baru beli... takut2 BITARA ID ni ada tarikh luput... takut la... soalan ni aku tak tanya plak...

Lepas dah beli BITARA ID tu, boleh la layari laman web ini



klik kat apply now tu... 

Then, masukkan IC number dan BITARA ID tadi... then ikut la semua step seterusnya... sory lah, tak ble nak tunjuk gambar utk step bila isi form tu sebab masa ola isi dulu tak sempat nak print screen...
Cuma satu jer pesan ola, sebelum nak isi, make sure korang dah sediakan dokumen2 yang ola nyatakan kat bawah ni. scan dulu then save dalam pc/laptop. Sebab nanti kena upload masa nak lengkapkan permohonan melalui talian ini.

Dokumen-dokumen yang perlu ada ialah ;

  1. Kad Pengenalan
  2. Gambar
  3. Transkrip ( muka surat 1 dan 2) - asingkan
  4. Scrol ijazah
  5. Surat tamat pengajian ( jika scrol ijazah belum ada- ola guna ni ganti skrol sbb tak kelua lagi time mohon)
  6. Surat Pengesahan Majikan ( jika pointer kurang dari 3.00)
Semua dokumen ini mesti diupload dan dihantar. kadang proses dia  mengambil masa yang agak lama.... memang lama juga la.. so make sure internet korang ok.. tapi kalau ada masalah, korang boleh kol/email bahagian pengurusan IPS ni. Depa buat kerja laju jer.. mmg diorang betul2 komited. Hubungi diorang kat sini ;


PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN

Korang boleh tengok program2 yang ditawarkan...

Berikut pula ialah Master dalam Pendidikan... 




program lain tu korang tengok sendiri lah dalam tu....  banyak sangat ola nak kena download... hehehehehe 

YURAN PENGAJIAN...?????


Dalam gambar di atas dia tunjukkan 3 semester jer kan... yang ni paling minimum semester yang diambil. untuk 1st semester kena bayar dalam RM2053. itu untuk non science & technical punya course la... untuk first sem jer kena bayar extra RM460...


Kalau korang rajin, boleh apply mybrain15 dibawah program KPM. tapi permohonan ni sudah tutup 31 Julai yang lalu. Kalau ada rezeki, tahun depan mungkin dibuka semula. Kalau nak tau apa tu mybrain15, korang tanya en google jer... type biasiswa mybrain kpm. pastu korang bacalah maklumat dalam tu. tak pon KLIK DISINI

Senang cerita, kalau nak maklumat lanjut kena rajin kol depa.... Macam ola ni, diorang memang sampai naik cemuih (bosan) asyik aku jer yang kol... hehehehehe


Ola apply gak mybrain ni tapi tak taulah dapat ke tak... Korang doa lah semoga ola dapat biasiswa mybrain ni.. hehehehe nanti ola doa untuk korang gak k....

Keputusan permohonan utk master ni selalunya ambil masa 2 hingga 3 bulan. Sekarang senang betul, semua online jer... Kad Metrik pon online jer buh gambar... hehehehe boleh la letak gambo yang cun sikit.. kikikiki dulu kena ambil gambar masa pendaftaran, dengan berpeluh2 beratur memang muke penat la habaq hang.. hehehehe

Nak tgk kad metrik ola? nin dia ;


Ok, rasanya itu jer kot nak cite kat sini.. Harap korang doakan semoga ola boleh mengharungi dan menamatkan pengajian kali ini... Terima kasih banyak2 atas doa kalian....

Jom, apa tunggu lagi... jom sambung master kawan2...







KONVOKESYEN ke17

♥♥♥ Assalamualaikum...♥♥♥

Baru kali ini dapat berpeluang menulis dalam entry kali ini/... dah bersawang- sawang dah....
Tajuk entry kali ini ialah berkaitan dengan Konvokesyen yang berlangsung bulan jun yang lalu.... Ola ada share bagaimana untuk memudahkan pergerakan kelancaran konvokesyen kawan2 semua dalam fb.. boleh tgk gambar di bawah ;


Korang boleh la baca, mana tau berguna bila konvo nanti....

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... gambar pon dah sampai.. tapi yang atas pentas jer la... yang kat studio tak smpi lagi smpi skrg,.... dah bulan 8 dah ni.. tapi tak pe, masih mampu bersabar menunggu... Tapi kesian pada kawan2 lain yang ada masih belum dapat gambar lagi... ada juga kawan yang dah dapat, tapi gambar yang di berikan dalam cd adalah gambar orang lain... hurrrmmmm ... tak tau den nak komen apa, bersyukur jer la aku dah dapat...

Jom layan gambar konvo ola....






AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.