...............SELAMAT DATANG KE LAMAN PENDIDIKAN CIKGUJUMRAH.COM..................................................................................KONGSIKAN SUPAYA LEBIH RAMAI MENDAPAT MANFAATNYA......................................

22 September 2014

++ KEUPAYAAN MUATAN (CARRYING CAPACITY) MANUSIA ++

Salam 1 Malaysia,


Sebelum saya memberi pandangan tentang topik perbincangan kita, cuba perhatikan gambar di atas. Apa yang anda dapat katakan? Muatan berlebihan ? Apa yang akan terjadi kepada motosikal yang ditunggang?

Semua persoalan ini akan terjawab apabila anda membaca forum saya ini sehingga habis. Sebelum itu, ingin saya menerangkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan Keupayaan Muatan atau dalam bahasa Inggeris Carrying Capacity. Keupayaan Muatan ialah saiz maksimum populasi yang boleh ditampung oleh persekitaran dan bergantung kepada keperluan makanan, habitat , air dan lain-lain yang terdapat dalam persekitaran.

Dalam konteks populasi biologi,  Keupayaan Muatan ditakrifkan sebagai beban maksimum persekitaran yang berbeza dari konsep keseimbangan populasi. Keupayaan Muatan merujuk kepada bilangan individu yang boleh disokong di kawasan tertentu dalam had sumber semulajadi tanpa memusnahkan alam semula jadi, sosial, budaya dan ekonomi bagi generasi masa kini dan masa depan. Dalam erti kata lain, Keupayaan Muatan bagi populasi dikatakan dicapai apabila kestabilan menghampiri nilai maksimum dengan sumber yang terhad seperti makanan, air dan bekalan. Apabila saiz populasi kecil daripada Keupayaan Muatan, kadar pertumbuhan populasi adalah positif supaya saiz populasi meningkat. Apabila saiz populasi lebih besar daripada Keupayaan Muatan, kadar pertumbuhan populasi adalah negatif supaya saiz populasi berkurang. Pertumbuhan populasi akan berhenti apabila saiz populasi menyamai Keupayaan Muatan. Keupayaan Muatan mewakili keseimbangan saiz populasi.



Maka, dapatlah dirumuskan bahawa, manusia juga mempunyai Keupayaan Muatan maksimum dan optimum. Ini kita dapat lihat melalui penghijrahan dan juga keperluan persekitaran. Pada pandangan saya, Keupayaan Muatan akan berubah mengikut keadaan persekitaran. Apabila sesuatu kawasan mempunyai saiz populasi yang tidak dapat menampung Keupayaan Muatan akan memberi kesan kepada populasi di kawasan tersebut.  Misalnya, bilangan penduduk semakin ramai di suatu perkampungan, peluang pekerjaan tidak diperolehi maka penghijrahan sebahagian penduduk untuk memenuhi keperluan hidup akan berlaku. Berbeza dengan motosikal, manusia mempunyai hayat tertentu dimana apabila berlaku kematian, Keupayaan Muatan akan meningkat yang memberi peluang kepada individu lain dalam populasi tersebut. Manakala motosikal yang lebih muatan seperti gambar diawal perbincangan tadi pastinya akan memberi kesan kepada keadaan fizikal tayar motosikal tadi dan perlu ditukar ganti dengan tayar baru. Ini bermakna, motosikal tadi mempunyai had muatan tertentu untuk memastikan keadaan tayar selamat untuk digunakan. Namun begitu, Keupayaan Muatan motosikal tadi juga boleh ditingkatkan dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan, membesarkan boncengan dan sebagainya. Berbanding dengan manusia, Keupayaan Muatan manusia bergantung kepada persekitaran. Keupayaan Muatan manusia juga pastinya akan mempengaruhi saiz populasi manusia.

18 September 2014

Justin dan Jeremy ni adik beradik kembar.. cute sangat depa buat aksi...
korang layan la.. manatau korang punya tensen tu hilang.. hehehehe

17 September 2014

Aktiviti Minggu Matematik

Salam kawan2.. Just nak imbas kembali aktiviti yang dijalankan semasa pelancaran Minggu Matematik di sekolahku...
Masa tu memang busy gak la.. tapi idea tu datang dengan pantas.. 
Dalam tempoh masa yang singkat, saya mencipta sebuah lagu untuk dipersembahkan semasa pelancaran Minggu Matematik SK Simpang Pulai.

Persembahan ini ialah sebuah lagu yang diadaptasikan daripada LAGU TIGA KUPANG

yang bertajuk 5 BUDAK BIJAK

latihan untuk persembahan ini hanya sekali jer.. hehehehehe nasib la budak2 ni memang awesome...

terima kasih my students from 4 Gemilang

Banyak aktiviti yang dijalankan.. misalnya
KUIZ
CROSS NUMBER PUZZLE
BIJAK SIFIR
dan sebagainya

Biasanya guru2 yang terlibat dalam persembahan pelancaran akan mengambil murid yang diajarnya sebagai peserta dalam persembahan.. betul tak.. sama lah macam saya...

Jom kita lihat sama2..


# suara masa last tu suara cikgu sains kak Hamisah.. heheheheh

Tutorial Memasukkan Gambar dalam Forum UPSI

Assalamualaikum...

Rasa seronok sangat hari ini sebab baru balik dari jogging kat Bukit Kledang. Nanti saya share my edventure @ Bukit Kledang ok...

Balik jer trus buka PC.. then ada member UPSI hantar PM kat saya mcm gambar di bawah..


So.. dengan lapang dada saya ingin berkongsi bagaimana memuat naik ilustrasi/ image ke dalam forum...

saya sediakan dalam bentuk gambar untuk lebih memudahkan pemahaman kawan2 ek...

1. Mula2 masuk myguru3 macam biasa la.. hehehehe pastu pilih group forum....
Then tulis la apa yang korang nak tulis.. bila tang nak bubuh gambar tu klik kat insert image.



2. Pastu, korang cari la gambar apa yang korang nak melalui google image then copy dia punya URL. "..macamana kalau nak bubuh gambar sendiri / gambar yg tiada dlm internet..?
Okey, dah agak dah... korang mesti nak tanya soalan tu kan... kan...
so.. korang boleh la buh korang punya dalam photobucket.com dulu or mana2 photo saving through internet untuk dapatkan URL dia... but make sure korang sign up dulu.. supaya gambar korang tu ada privacy sikit... korang klik jer photobucket.com



3. Pastekan URL gambar yang korang pilih tu dalam source tu. Kalau nak adjust size gambar boleh baca gambar di bawah... hehehehehe malas nak type panjang la ni... kekekeke..penat..



4... Tarrra... jadi pon.. tahniah.... eh,,, cer try.. cer try... kalau berjaya.. jangan lupe comment kat bawah SAYA BERJAYA....!!!!



Selamat berforum....



AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA

Tentang Saya

Seorang yang mudah menerima perubahan sekeliling, mesra dan ceria. Sikap ingin tahu, suka mencuba dan bereksperimen menjadikan inovasi sebagai satu medium untuk membantu murid-murid khususnya. Yakin dan berani mencuba dalam apa juga bidang termasuklah bidang yang baru dan terkini. Kreatif dan Inovatif telah terbukti menjadi sebahagian daripada resipi kejayaan menjadi Guru Inovasi pelbagai pertandingan yang diikuti. Suka dan gemar berkongsi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan menjadikan semangat dalam berkarya.